Pengenalan
Perpustakaan UiTM Negeri Sembilan mula beroperasi pada 1 Jun 1999 di kampus sementara bertempat di Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur Jalan Melang Kuala Pilah. Perpustakaan ini kemudiannya berpindah ke kampus tetap UiTM di Parit Tinggi pada 2 Jun 2009. Sempena perpindahan ini, pihak Pergurusan Perpustakaan UiTM Shah Alam telah memberikan nama perpustakaan UiTM ini sebagai Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
PTAR UiTM Negeri Sembilan terletak di Aras 1 dan 2 Bangunan Akademik Fakulti Sains Gunaan. Pada masa kini, koleksi perpustakaan berjumlah 12,000 naskah berfokus kepada program-program pengajian utama yang dijalankan di sini antaranya sains gunaan, perladangan dan agroteknologi serta pengurusan perniagaan. PTAR kini boleh menampung kapasiti pengguna seramai 600 orang pada satu masa.
Perkhidmatan PTAR UiTM Negeri Sembilan boleh diakses secara dalam talian menerusi :
Laman utama (URL) : http://www.nsembilan.uitm.edu.my/library/
ID Facebook : Ptar Nsembilan Libraryuitmns
Visi PTAR UiTM Negeri Sembilan
Menjadikan Perpustakaan UiTM yang unggul sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang boleh dicapai oleh pengguna secra fizikal dan maya.
Misi PTAR UiTM Negeri Sembilan
Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini bagi menyokong pembelajran dan penyelidikan dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM
Piagam Pelanggan PTAR UiTM Negeri Sembilan
1. Mengambil tindakan ke atas cadangan dan pesanan buku daripada pelanggan
dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
2. Memastikan setiap jurnal/majalah baru boleh dirujuk dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan
3. Memastikan pendaftaran pengguna Pusat IT dilakukan dalam tempoh dua (2) minit.
4. Bahan segera (3 judul) siap diproses dan dihantar ke rak dalam tempoh dua (2) hari bekerja
5. Pinjaman dan pemulangan buku dapat dilakukan dalam masa dua (2) minit bagi setiap buku
6. Mengendalikan Program Pendidikan Pengguna dari setiap permohonan warga UiTM.
ISO 9001:2008 PTAR UiTM Negeri Sembilan
Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Negeri Sembilan telah mendapat persijilan ISO 9001:2008 daripada pihak LRQA sejak 2006. Skop persijilan ISO 9001:2008 PTAR UiTM Negeri Sembilan adalah melibatkan aspek perolehan dan perkhidmatan perpustakaan.
Dasar Kualiti PTAR UiTM Negeri Sembilan
Perpustakaan UiTM komited mengurus dan memberi perkhidmatan perpustakaan secara profesional serta mengamalkan penambahbaikan berterusan bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Objektif Kualiti PTAR UiTM Negeri Sembilan
1. Memastikan peningkatan pinjaman bahan bercetak oleh pelanggan sebanyak 3% setahun.
2. Memastikan peningkatan penggunaan bahan elektronik oleh pelanggan sebanyak 3% setahun.
3. Meningkatkan penggunaan Portal PTAR oleh pengguna sebanyak 70% menjelang tahun 2010.
4. Meningkatkan kehadiran program pendidikan penguuna sebanyak 20% setahun.
5. Memastikan 80% staf mendapat 42 jam latihan setahun.
6. Meningkatkan penambahan bahan perpustakaan sebanyak 10% setahun.
7. Memastikan 80% bahan yang diterima siap “Release for Circulation”.
Fungsi-Fungsi Utama Unit PTAR UiTM Negeri Sembilan
|
BIL |
UNIT |
PERKARA
|
|
1 |
Unit Pentadbiran (UPTD) |
|
|
2 |
Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi (UPPPK) |
i-Peminjaman ii-Pemulangan iii-Pembaharuan buku iv-Pembayaran lewat pemulangan buku v-Surat peringatan lewat pemulangan buku vi-Pengurusan koleksi buku dan rak vii-Pendaftaran dan penamatan keahlian
i. SPP Dalam ii.SPP Luar
|
|
3 |
Unit Pembangunan Sumber Ilmu (UPSI) |
|
|
4 |
Unit Pembangunan Bibliografi dan Pemprosesan Teknikal (UPBPT) |
i. Pengkatalogan dan pengkelasan asal dan salinan/duplikasi koleksi perpustakaan baru dan lama ii. Proses spine label dan barcode koleksi perpustakaan iii. Penampalan strip keselamatan iv. Membuat proses “release for circulation” bahan perpustakaan seperti buku dan cd
|
|
5 |
Unit Sistem dan Teknologi Maklumat (USTM) |
i- pendaftaran penggunaan komputer Pusat IT ii-perkhidmatan cetakan iii-perkhidmatan imbasan (scanning)
|
|
6 |
Unit Perkhidmatan Maklumat (UPM) |
i- Kelas Kemahiran Maklumat ii-Orientasi Perpustakaan iii-Khidmat Nasihat Rujukan iv-Promosi dan Penerbitan
|
|
7 |
Unit Jurnal dan Pangkalan Data (UJPD) |
bercetak
|
|
8 |
Unit Pemuliharaan dan Penjilidan (UJLD)
|
|
Hubungi Kami :
Sebarang pertanyaan, cadangan dan perkongsian ilmu, sila majukan kepada :

Ahamad Zuber Mohamed
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Kuala Pilah, Beting
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Tel. : 06-483 2229
Faks : 06-4842449 (Pej.Rektor)
Email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
URL : http://www.nsembilan.uitm.edu.my/library
ID Facebook : Ptar Nsembilan Libraryuitmns








