PENCAPAIAN KEBOLEHPASARAN

PENCAPAIAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN UITM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN TERUS MENINGKAT

KUALA PILAH, 2026 – UiTM Cawangan Negeri Sembilan terus mencatatkan prestasi memberangsangkan dalam aspek kebolehpasaran graduan apabila menunjukkan peningkatan yang konsisten bagi tempoh 2022 hingga 2025.

Berdasarkan data yang direkodkan, Kadar Bekerja Graduan (GE) meningkat daripada 87.1% pada tahun 2022 kepada 94.4% pada tahun 2025, manakala Kadar Kebolehpasaran Graduan (GM) turut mencatat peningkatan daripada 89.5% kepada 95.8% dalam tempoh yang sama.

Selain itu, Graduan Usahawan (GU) menunjukkan perkembangan positif dengan peningkatan daripada 4.4% pada tahun 2022 kepada 6.1% pada tahun 2025, sekali gus membuktikan keberkesanan usaha universiti dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berdaya saing dalam pasaran pekerjaan, malah berupaya mencipta peluang kerjaya melalui bidang keusahawanan.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan UiTM Cawangan Negeri Sembilan dalam memperkasakan kualiti pendidikan, memperkukuhkan jaringan industri serta menyediakan pelbagai inisiatif pembangunan pelajar yang relevan dengan keperluan semasa.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha dan komitmen seluruh warga universiti di bawah kepimpinan Menjalankan Fungsi Rektor dan Jawatankuasa Eksekutif Negeri dalam memastikan kecemerlangan akademik serta kebolehpasaran graduan terus dipertingkatkan, selaras dengan aspirasi UiTM untuk melahirkan graduan yang kompeten, holistik dan berdaya tahan.