UNITKERJAYA & KAUNSELING
PENGENALAN UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING (UPK)
Perkhidmatan Kaunseling di UiTM bermula sejak tahun 1969 dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Nasihat yang diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar ITM. Sejak dari itu, dalam tempoh 50 tahun beberapa fasa penstrukturan dan pertukaran nama telah berlaku sehingga pada tahun 2025, ia dijenamakan semula sebagai Pusat Psikologi & Kaunseling (PPK) di UiTM Shah Alam dan Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) bagi kampus cawangan.
Tujuan utama penubuhan Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) UiTM Cawangan Negeri Sembilan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi dan bimbingan psikologi kepada seluruh warga kampus.
Unit ini telah mengambil tanggung jawab dan peranan dalam usaha menyokong pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Negeri Sembilan untuk menggerakkan pelan strategik universiti agar menjadikan UiTM sebagai sebuah universiti terkemuka dunia (Globally Renowned University).
Dalam usaha tersebut, unit ini memainkan peranan dalam merancang dan melaksanakan program-program psikologi, kaunseling dan pembangunan diri kepada warga kampus supaya bakat dan potensi warga kampus dapat dibangunkan sebaiknya. Ini secara tidak langsung akan dapat melahirkan warga kampus yang cemerlang dari aspek emosi, jasmani, intelek dan spiritual.
Objektif Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK)
i. Menyediakan perkhidmatan kaunseling profesional kepada pelajar dan staf.
ii. Meningkatkan pembangunan diri, personaliti dan kesejahteraan emosi warga UiTM.
iii. Menjalankan saringan kesihatan mental, penilaian psikologi dan intervensi klinikal.
iv. Membantu pelajar dalam penerokaan dan pembangunan kerjaya.

FUNGSI DAN PERKHIDMATAN
A. FUNGSI UNIT:
Unit Kerjaya & Kaunseling menjalankan empat (4) fungsi utama iaitu:
i. Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi Pelajar
ii. Perkhidmatan Pembangunan Kerjaya Pelajar
iii. Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi Staf
iv. Pentadbiran Am
1. Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi Pelajar
a. Menyediakan perkhidmatan sesi kaunseling, konsultasi dan bimbingan secara individu atau kelompok kepada para pelajar berpandukan kepada ciri-ciri kaunseling profesional dan beretika.
b. Merancang dan melaksanakan program-program pembangunan diri seperti Program Kesedaran Kesihatan Mental, Kemahiran Asas Menolong dan Klinik Kaunseling agar dapat membantu warga kampus menangani cabaran kehidupan dan penyesuaian diri di kampus.
c. Melahirkan mahasiswa yang mempunyai ketahanan emosi dan spiritual yang tinggi agar dapat membentuk jati diri yang kukuh, seterusnya melahirkan mahasiswa yang memiliki kesejahteraan diri yang holistik.
2. Perkhidmatan Pembangunan Kerjaya Pelajar
a. Menyediakan perkhidmatan konsultasi dan bimbingan kerjaya secara individu atau kelompok kepada pelajar. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti ujian minat dan profil kerjaya.
b. Membantu para pelajar untuk merancang dan merangka pelan pembangunan kerjaya mereka setelah menamatkan pengajian.
c. Melaksanakan program-program bimbingan berbentuk seminar, bengkel dan ceramah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran insaniah dan persediaan untuk melangkah ke dunia pekerjaan.
d. Membantu para pelajar agar dapat menggilap potensi diri sebelum memasuki alam pekerjaan. Dalam masa yang sama, ini dapat membantu dalam kebolehpasaran graduan UiTM.
3. Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi Staf
a. Unit ini turut menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi dan bimbingan kepada staf UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah sesi kaunseling dan bimbingan individu atau kelompok, program perkongsian ilmu dan kumpulan sokongan kepada staf.
b. Membantu menyediakan satu persekitaran yang menyokong kepada warga kampus agar dapat meningkatkan produktiviti dan pencapaian yang cemerlang.
c. Membantu dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni di dalam kampus agar Indeks Kegembiraan (Happiness Index) kampus dapat ditingkatkan.
4. Pentadbiran Am
Tugas-tugas pentadbiran dan pengoperasian unit perlu dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan Unit Kerjaya & Kaunseling dapat disampaikan dengan baik dan sistematik. Antara tugas pentadbiran yang dilaksanakan adalah perancangan strategik Unit/Bahagian, penyediaan laporan pencapaian dan data perkhidmatan serta pengurusan sistem fail dan rekod unit.
B. PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN:
Unit Kerjaya & Kaunseling menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
1. Kaunseling Individu & Kelompok
2. Konsultasi & Bimbingan Kerjaya
3. Counselling & Career Outreach
4. Ujian Psikologi & Kerjaya
5. Program Motivasi & Psikologi (Bengkel/Ceramah/Seminar)
6. Konsultasi & Bimbingan Psikologi Kaunseling
7. Klinik Kaunseling & Kerjaya
8. Saringan Kesihatan Mental Pelajar/Staf- Pengurusan Psikologi
9. Penilaian & intervensi klinikal
10. Program advokasi dan psiko-pendidikan
11. Perkhidmatan sokongan dan psikososial
12. Aktiviti Kemasyarakatan/Komuniti
13. Penyaluran Maklumat Kerjaya
14. Program Pembangunan Kerjaya
|
BIL |
AKTIVITI |
CAPAIAN |
|
1. |
SILA LAYARI MEDIA SOSIAL UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING UNTUK MELIHAT AKTIVITI DAN MAKLUMAT TERKINI |
|
|
2. |
YOUTUBE PUSAT PSIKOLOGI & KAUNSELING |
Sila klik link system Counselling2u untuk membuat temujanji bersama Pegawai Psikologi dan muat turun borang
![]() |

