MAJLISPEWAKILAN PELAJAR

Pengenalan

Majlis Perwakilan Pelajar merupakan suatu badan yang utama di Universiti Teknologi MARA yang diwujudkan mengikut peruntukan Seksyen 7 Bahagian 3 Undang-Undang Malaysia Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Mahasiswa sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara pada masa depan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan mahasiswa universiti malah untuk negara pada masa depan.

Seperti yang dinyatakan dalam Subsekyen 48(10) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009) menyatakan tujuan dan fungsi MPP antaranya ialah:

(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:

 

  • Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;

 

  • Tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;

 

  • Membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;

 

  • Diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti. 
  • Menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

 

Visi/Misi

Misi : Membentuk sebuah organisasi mahasiswa yang lebih prihatin dan berwawasan dengan merealisasikan Model 21 Graduan UiTM.

 

Visi : Ke arah merealisasikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA sebagai sebuah badan kepimpinan yang berintegriti dan berketerampilan yang mengintegrasikan perpaduan mahasiswa mencakupi aspek global ke arah sebuah universiti bertaraf dunia

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Kuala Pilah
Pekan Parit Tinggi
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Malaysia

 

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-4832100
Faks: +606-4842449