BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM

Pengenalan

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelia serta memantau segala program dan aktiviti kerohanian dan keagamaan di UiTM Cawangan Negeri Sembilan selaras dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Disamping menjalankan aktiviti kebajikan kepada warga UiTM dan masyarakat.

Dengan kekuatan 3 orang tenaga kerja, unit telah menjalankan 5 fungsi utama dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga kampus.

Fungsi UHEI seperti berikut:

  • BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
  • PENGURUSAN DAN IMARAH MASJID
  • PENTADBIRAN HEI
  • DAKWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI
  • PENGURUSAN ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF

HAL EHWAL ISLAM

Hal Ehwal Islam merupakan entiti asal Unit Agama yang ditubuhkan pada 3hb Mac 1971 diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu para pelajar melengkapkan diri dengan pengetahuan asas agama, disamping menyelesaikan masalah agama yang sentiasa berbangkit di kalangan pelajar. Mulai Februari 1998 Unit Agama di beri nama baru iaitu Unit Kemajuan Islam yang diletakkan di bawah Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB) yang berpejabat di Pusat Islam UiTM. Peranan  dan fungsinya diperluaskan kepada khidmat penyebaran agama di kalangan staf di samping hakikinya untuk para pelajar.

Pada Januari 2001 ia dikembalikan semula ke fungsi asalnya di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar maka mulai awal Januari 2003 ia diletakkan semula di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan nama Pusat Khidmat Nasihat Agama. Pada 13 Januari 2004 hingga Kini Ia digabungkan dengan Pusat Pendidikan Islam dan diletakkan dibawah naungan Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU)  dan diberi nama baru sebagai Pejabat Hal Ehwal Islam (HEI). Kakitangannya terdiri daripada Pegawai – Pegawai Penasihat Agama, Imam dan Bilal.

 

Piagam Pelanggan

  • Maklumat peribadi klien khidmat bimbingan dan nasihat adalah SULIT
  • Solat Fardhu dan Jumaat secara berjemaah didirikan.
  • Memproses permohonan bantuan zakat dan sedekah dengan  EFISYEN
  • Memastikan maklumat dan artikal Islam yang diterbitkan BETUL & BENAR
  • Memastikan program keagamaan mendapat KEBENARAN PIHAK BERWAJIB

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang ditawarkan :

  1. Bimbingan dan nasihat agama peribadi
  • Aqidah
  • Akhlak
  • Ibadah
  • Syariah
  • Al-Quran
  • Kewangan
  1. Bimbingan dan nasihat agama kelompok
  • Program Pembangunan Diri
  • Program Pengukuhan dan Pemantapan Diri
  • Program Pemulihan Diri

 

 

Borang Zakat UiTM Negeri Sembilan

[Download]

Borang A UiTM Negeri Sembilan

[Download]

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Kuala Pilah
Pekan Parit Tinggi
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Malaysia

 

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-4832100
Faks: +606-4842449