UNITKESIHATAN

Pengenalan

Unit Kesihatan UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah ditubuhkan pada tahun 2009 bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada mahasiswa dan mahasiswi kampus. 
Unit Kesihatan ini telah memulakan operasi bermula 17 Ogos 2009. Sehingga Julai 2019, Unit Kesihatan mempunyai 7 orang staf iaitu
seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan, 3 orang jururawat, seorang pembantu perawatan kesihatan dan seorang pemandu ambulans.

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk berusaha memastikan:
1.    Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan profesional
2.    Perkhidmatan yang mesra, segera dan bertanggungjawab
3.    Persekitaran klinik yang bersih, selamat dan kondusif
4.    Penambahbaikan perkhidmatan kesihatan yang berterusan

Perkhidmatan

• Rawatan pesakit luar
• Rawatan kes kecemasan
• Cucian luka dan prosedur pembedahan kecil
• Kemudahan makmal
• Kemudahan ambulans
• Kemudahan kelayakan wad (GL)
• Pemantauan di wad sementara
• Medical standby program/aktiviti
• Pinjaman peralatan perubatan/peti pertolongan cemas

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Kuala Pilah
Pekan Parit Tinggi
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Malaysia

 

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-4832100
Faks: +606-4842449