Pengenalan
Akademi Pengajian Bahasa menawarkan kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Ketiga (Bahasa Arab & Bahasa Mandarin) kepada para pelajar di peringkat Pra-Diploma, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Tempoh pembelajaran adalah selama 1 hingga 3 semester, bergantung pada peringkat dan program yang diikuti oleh pelajar di universiti.
Piagam Pelanggan
Akademi Pengajian Bahasa komited untuk menguruskan Program Akademik dan kursus-kursus bahasa pada peringkat universiti secara profesional demi melahirkan graduan Bumiputera yang berdaya saing, bersifat global dan beretika, serta sentiasa memenuhi keperluan pelanggan. Akademi Pengajian Bahasa sentiasa meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kualiti melalui penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah akademi bertaraf dunia.
Visi
Menjadikan Akademi Pengajian Bahasa sebuah institusi terkemuka bertaraf global dalam bidang bahasa.
Misi
Menerajui kesarjanaan dan kecemerlangan bahasa melalui kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.
Nilai
Kecemerlangan: Mengamalkan kualiti piawai dalaman yang standard bagi memenuhi keperluan dan jangkaan taruh.

KETUA PUSAT PENGAJIAN AKADEMI PENGAJIAN BAHASA (APB)
PROF MADYA DR. RAFIDAH KAMARUDIN
fid@uitm.edu.my
+606 483 2352


















