PEJABAT POLIS BANTUAN
PENGENALAN POLIS BANTUAN UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN.
Polis Bantuan UiTM Cawangan Negeri Sembilan pada awal penubuhannya, dikenali sebagai Bahagian Keselamatan yang pada Ketika itu beroperasi di Kampus Melang, Kuala Pilah. Seterusnya pada tahun 2009, ianya telah berpindah ke kampus baru di Mukim Parit Tinggi, Kuala Pilah.
Pada 18 April 2011, pihak PDRM telah meluluskan penubuhan Polis Bantuan di UiTM termasuk di Kampus Kuala Pilah dinamakan sebagai Pejabat Polis Bantuan. Pengurusan Pejabat Polis Bantuan ini diletakkan terus di bawah seliaan Rektor Kampus.
UiTM cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban, mula beroerasi pada 3 Februari 2014. Sejajar dengan pengoperasian Kampus Seremban, Unit Polis Bantuan turut ditubuhkan pada tarikh yang sama. Manakala UiTM cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau juga turut mula beroperasi pada 01 Februari 2017 dan Unit Polis Bantuan juga ditubuhkan pada tarikh tersebut. Pengurusan Unit Polis Bantuan Kampus Seremban dan Rembau diletakkan di bawah seliaan Penolong Rektor Kampus masing-masing dengan pemantauan Rektor.
Fungsi dan peranan Polis Bantuan masih sama tetapi skop tugas dan bidang kuasa telah diperluaskan dengan mempunyai kuasa-kuasa Polis
|
WAKTU OPERASI PEJABAT
Isnin – Khamis –(800pagi – 5.00 petang) Waktu Rehat – (1.00ptg – 2.00ptg)
Jumaat – (8.00pagi – 5.00 petang) Waktu Rehat – ( 12.15tengahari – 2.45ptg) |
|
POS KAWALAN PINTU UTAMA
24jam sehari termasuk cuti umum |


BIL | PERKARA | FORMAT FILE | MUAT TURUN |
|---|---|---|---|
1 2 3 4 | Borang Kebenaran Keluar Kampus (Pelajar Kolej) 2300 PM - 0600 AM Borang Kebenaran Membawa Keluar Peralatan UiTM Carta Alir Permohonan Pelekat Kenderaan UiTM (Kategori Pelajar) Carta Alir Permohonan Pelekat Kenderaan UiTM (Kategori Staf) | PDF | [Klik] [Klik] [Klik] [Klik] |
