Email Staf

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat telah memperluaskan capaian email dalam pelbagai platform. Justeru InfoTech telah menyediakan tiga capaian email melalui Client, Web dan Mobile. Capaian email melalui Client memerlukan instalasi perisian berkenaan ke dalam komputer. Manakala capaian secara web pula boleh dibuat dimana-mana komputer yang mempunyai talian internet.

Q & A

Siapa yang boleh menggunakan servis ini ?



Semua Staf yang berkhidmat dengan UiTM (yang mempunyai nombor pekerja UiTM)



Bagaimana permohonan boleh dibuat ?

Terdapat 2 cara permohonan :-

1. Permohon akan dibuat secara automatik melalui sistem setelah nama anda ada didalam sistem staf.

2. Sekiranya tidak ada, anda boleh memohon melalui sistem iSMS (http://isms.uitm.edu.my).



Berapa harga bagi servis yang disediakan?

Perkhidmatan ini diberi secara percuma bagi semua staf UiTM.

Bagi staf akademik dan kumpulan A akan menerima kapasiti sebanyak 1Gb, manakala staf kumpulan B dan kebawah akan menerima kapasiti sebanyak 300Mb.