Permohonan Akaun VPN 
VPN atau 'Virtual Private Network' merupakan sebuah teknologi yang bertujuan untuk melindungi pertukaran data antara komputer dengan komputer lainnya ketika melewati jaringan atau rangkaian yang berbeza. Bahagian Rangkaian adalah yang bertanggungjawab menyediakan capaian ke dalam rangkaian UiTM daripada luar rangkaian UiTM.

Siapa yang boleh menggunakan servis ini ?
Permohonan adalah terhad kerana penggunaan VPN dikawal. Ini bagi menjamin keselamatan sistem rangkaian itu sendiri.

Staf Akademik
Staf Bukan Akademik
Bahagian Penyelidikan

Bagaimana permohonan boleh dibuat ?
Permohonan boleh dibuat melalui laman iSMS dan mesti mendapat kelulusan daripada PTJ.

Berapa harga bagi servis yang disediakan ?
Servis rangkaian ini diberi secara percuma kepada semua staf akademik, bukan akademik serta bidang peyelidikan dalam UiTM sahaja.

Bagaimana untuk mendapat bantuan bagi servis ini ?
Sila hubungi meja bantuan InfoTech untuk mendapatkan bantuan bagi servis ini :-

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Phone : 06-483 2374
Aduan : http://isms.uitm.edu.my