Portal Kewangan


Pejabat Teknologi Maklumat UiTM (INFOTECH) menyediakan perkhidmatan capaian kepada Portal Kewangan yang menyediakan perkhidmatan permohonan atas talian bagi pelbagai jenis perkhidmatan seperti pinjaman kenderaan dan komputer, perkhidmatan pembayaran seperti permohonan, status bayaran kepada staf, pelajar dan pembekal. Staf juga dapat mencetak slip gaji sendiri dan mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan gaji secara mudah, efisien dan tepat serta pelbagai lagi jenis perkhidmatan lain yang disediakan.

Siapa yang boleh menggunakan servis ini ?

  • Staf
  • Pelajar
  • Pembekal
  • Lain-lain  

Bagaimana permohonan boleh dibuat ?
Akaun pengguna akan dijana secara automatik apabila pengguna sah berdaftar sama ada sebagai staf, pelajar ataupun pembekal.

Berapa harga bagi servis yang disediakan ?
Servis Portal Kewangan ini diberi secara percuma kepada semua staf, pelajar dan pembekal yang perlu menggunakan servis portal ini.

Bagaimana untuk mendapat bantuan bagi servis ini ?
Portal Kewangan ini boleh dicapai melalui pautan Fine Portal

Sebarang masalah berkaitan Portal Kewangan ini boleh diajukan melalui alamat emel atau sistem aduan.

| Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|Aduan :Sistem Aduan