Portal Pelajar


Pejabat Teknologi Maklumat UiTM (INFOTECH) menyediakan perkhidmatan capaian kepada Portal Pelajar yang bertindak sebagai medium perantara bagi pelajar melakukan proses yang melibatkan aktiviti-aktiviti Universiti. Ia juga menyediakan perkhidmatan akses ke Sistem Akademik (SIMS), Sistem eHEP, Sistem i-Learn, Sistem Pengambilan Pelajar dan perkhidmatan emel pelajar. Pihak pentadbir Universiti turut menggunakan Portal Pelajar ini sebagai salah satu saluran bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar.

Siapa yang boleh menggunakan servis ini ?
Pelajar UiTM (sepenuh masa, separuh masa, ePJJ dll.)

Bagaimana permohonan boleh dibuat ?
Akaun pengguna dijana secara automatik apabila pelajar mendaftar sebagai pelajar UiTM. Sehubungan itu, tiada sebarang permohonan perlu dibuat untuk mendapatkan akaun Portal Pelajar.

Berapa harga bagi servis yang disediakan ?
Servis Portal Pelajar ini diberi secara percuma kepada semua pelajar UiTM yang telah mendaftar secara sah.

Bagaimana untuk mendapat bantuan bagi servis ini ?
Semua pelajar boleh ke url ini | Link untuk membuat capaian ke Portal Pelajar

Sebarang masalah berkaitan Portal Pelajar ini boleh diajukan kepada :

|Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
| Help Desk : 06-4832374
|Aduan Sistem Aduan