Pemohonan Migrasi Server 

Menguruskan permohonan dan perlaksanaan replikasi server bagi membolehkan server fizikal dimigrasikan kepada persekitaran virtual. Bagi perkhidmatan ini, pemilihan server fizikal perlu berdasarkan tahap kritikal data dan aplikasi server tersebut.

Siapa yang boleh menggunakan servis ini ?

PTJ (Fakulti, Jabatan, Cawangan, Konferensi, dll)

Bagaimana permohonan boleh dibuat ?

Permohonan boleh dibuat melalui muat turun borang permohonan(isikan ruang yang berkenaan) dan hantar/emel borang yang telah diisi dan disahkan kepada wakil BPPD unit Pusat Pemulihan Bencana(DR).

Servis yang disediakan

Membuat migrasi server daripada persekitaran fizikal kepada maya (virtual) menggunakan perisian Platespin protect dan VMWare. Selepas migrasi, replikasi (salinan data) antara fizikal kepada virtual akan dipantau oleh staf Pusat Data.