Perkhidmatan Centralized Backup
Pusat Data menyediakan kemudahan infrastruktur centralized backup bagimemberikan perkhidmatan salinan data sistem maklumat dan aplikasi Universiti. Sehingga kini perkhidmatan tersebut hanya mengkhususkan kepada sistem dan aplikasi di bawah kawal selia Infotech. Perkhidmatan ini akan diperluaskan ke lain - lain PTJ jika terdapat permintaan dan keperluan.

Centralized Backup Process
UiTM menggunakan HP Data Protector 6.0 sebagai penyelesaian untuk sandaran berpusat(Centralized Backup). Data untuk disandarkan(backup) ditakrifkan oleh pentadbir sistem. Jenis data untuk disandarkan(backup) berbeza dari sistem pengkalan data(Database) dan sistem fail(File System). Pengkalan data akan menjadi sandaran atas talian(Online Backup) manakala sistem fail akan menjadi sandaran luar talian(Offline Backup).

  • Pelayan Sandaran (Backup Server) mendapat data dari pelayan pelanggan (Server Client).
  • Semua data menyalin terus kepada TAPE CATRIDGE di EML TAPE LIBRARY dan bagi sandaran data e-mel terus kepada VIRTUAL TAPE LIBRARY(VLS).
  • Sesi sandaran berjalan mengikut jadual bermula daripada 6.00 petang hingga 7.00 pagi.
  • Dua jenis kaedah sandaran (Incremental Backup and Full Backup).
  • Sandaran data (Backup Data) akan disimpan berdasarkan tempoh tahanan(Retention Period). Harian-7 hari, Mingguan-1 bulan dan Bulanan-3 bulan.

Siapa yang boleh menggunakan servis ini ?
PTJ (Fakulti, Jabatan, Cawangan, Konferensi, dll)

Bagaimana permohonan boleh dibuat ?
Permohonan boleh dibuat melalui muat turun borang permohonan (isikan ruang yang berkenaan) dan hantar/emel borang yang telah diisi dan disahkan kepada wakil BPPD unit Pusat Pemulihan Bencana (DR).

Servis yang disediakan
Servis menguruskan proses permohonan dan operasi backup ini diberi kepada PTJ -PTJ untuk sistem maklumat dan aplikasi universiti .