Pengurusan Insiden Pemulihan Bencana 

Menguruskan insiden pemulihan bencana untuk aplikasi / sistem maklumat universiti bagi kes major sahaja seperti situasi yang boleh mencacatkan sepenuhnya operasi bisnes setiap PTJ.

Untuk Proses Pemulihan Bencana, hanya misi kritikal server terpilih ditakrifkan oleh Pentadbir Sistem UiTM yang akan dipulihkan di Tapak Pemulihan Bencana. Keseluruhannya akan terdapat 56 pelayan akan dipulihkan apabila bencana berlaku. Pelayan fizikal ini akan disalin dan dimigrasi ke pelayan maya di Produksi Pusat Data dan imej akan direplikasi melalui SAN Storage ke Tapak Pemulihan Bencana.

Di waktu ini, UiTM menggunakan applikasi VMWare, HP Storage Replication, Platespin Protect dan Rsync untuk penyelesaian bagi Pemulihan Bencana. Platespin Protect dan RSync digunakan untuk migrasidari fizikal kepada mesin maya(Virtual Machine). VM ditempatkan di HP Storage dan akan direplikasi menggunakan perisian HP Storage Replication. VMWare adalah infrastruktur maya untuk tapak DR dan semua VM ini akan dibangunkan dan berjalan semasa mod Bencana.

Proses Pemulihan Bencana

Semasa bencana berlaku, Penyimpanan Produksi(Production Storage) akan di 'Failover' ke tapak DR.
Penyimpanan DR(DR Storage) akan membentangkan LUN disks ke ESX Hosts(VMWare Infrastruktur).
Semua VM yang menjalankan applikasi akan dibangunkan dan dijalankan secara turutan.
Semua applikasi akan dipulihkan selepas semua VM di tapak DR sepenuhnya berfungsi dan berjalan lancar.

Siapa yang boleh menggunakan servis ini ?

PTJ (Fakulti, Jabatan, Cawangan, Konferensi, dll) di mana sistem maklumat / aplikasi dalam pemantauan InfoTech untuk pemulihan bencana.

Bagaimana permohonan boleh dibuat ?

Permohonan boleh dibuat dengan memaklumkan menerusi emel/telefon kepada Pengarah InfoTech dan Timbalan Pengarah Jabatan Infrastruktur IT.

Servis yang disediakan

Membuat pemulihan aplikasi dengan melarikan aplikasi di Pusat Pemulihan Bencana.