Permohonan Membawa Keluar Perkakasan 

Perkhidmatan ini disediakan bagi membawa keluar perkakasan yang berkaitan seperti perkakasan POC, penempatan sementara atau peminjaman perkakasan ke cawangan atau PTJ yang mendapat kelulusan dari Ketua Bahagian atau Ketua Jabatan.

Siapa yang boleh menggunakan servis ini ?

PTJ (Fakulti, Jabatan, Cawangan, Konferensi, dll)
Pihak yang sudah menjalankan penyelidikan (yang berkenaan).
Pihak syarikat yang sudah menjalankan POC.

Bagaimana permohonan boleh dibuat ?

Permohonan boleh dibuat melalui laman Bahagian Pengurusan Pusat Data dengan mengisi borang permohonan secara atas talian (isikan ruang yang berkenaan) dan permohonan akan dihantar kepada wakil Pusat Data (Unit Pengoperasian Pusat Data).

Servis yang disediakan

Servis permohonan perolehan infra server ini disediakan untuk PTJ - PTJ di seluruh UiTM dan juga pihak yang menjalankan penyelidikan (yang berkaitan).