Perkhidmatan Web dan Hosting


Bermula pada tahun 1994 dengan wujudnya laman web UiTM(ITM ketika itu) pada masa tersebut. Dengan wujudnya laman web UiTM ia dapat menyediakan satu kemudahan capaian maklumat berasaskan web berkenaan UiTM. Penyediaan maklumat dan pengurusan kandungan serta reka letak halaman web dibuat oleh Bahagian Korporat dan juga pihak fakulti, cawangan, unit dan bahagian masing-masing dengan dikawal selia oleh Unit Pengurusan Web Hosting & Komunikasi PSMB dan kini dikenali sebagai Pejabat Teknologi Maklumat (InfoTecH).

 

1. Memastikan keseragaman kandungan web yang disediakan oleh Penyelaras yang dilantik sebagai web master bagi jabatan masing-masing
2. Penyediaan halaman web secara dinamik, dengan satu sistem pengurusan maklumat secara total
3. Pengurusan data dan maklumat dapat dipantau dan dikemas kini dengan cara yang lebih efisien
4. Peningkatan tahap keberkesanan dan kualiti kerja dari segi kecekapan dan kepantasan masa
5. Penyediaan satu bentuk kemudahan yang dapat membantu tugas pengemaskinian halaman web di dalam melaksanakan tugas seharian mereka.
6. Perkhidmatan sokongan teknikal yang berkaitan

Universiti membenarkan permohonan bagi personal laman web bagi staf akademik dan permohonan bagi kegunaan PTJ dengan menggunakan domain xxx.uitm.edu.my. Permohonan boleh dibuat menggunakan sistem iSMS di URL http://isms.uitm.edu.my. Permohonan yang menerima tapak hosting boleh menggunakannya bagi membina laman web, menyelengara dan memasukkan kandungan laman web masing-masing. Setiap tapak hosting telah diberi ruang sebanyak 1Gb. Penggunaan atau tatacara panduan laman web dan tapak hosting yang diperolehi adalah tertakluk pada syarat dan terma.

Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini ?

Staf Akademik PTJ (Fakulti, Jabatan, Cawangan, Konferensi, dll)

Bagaimana permohonan boleh dibuat ?

Permohonan boleh dibuat melalui laman http://isms.uitm.edu.my dengan disertakan borang permohonan web hosting dan pemohon akan mendapat maklum balas dari kakitangan yang bertugas.

Berapa harga bagi perkhidmatan yang disediakan ?

Perkhidmatan web hosting ini diberi secara percuma kepada semua staf akademik dan PTJ dengan kapasiti asas 1Gb dan 2 database.