PC Sewaan

Pekeliling Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (INFOTECH) Bilangan 9/2007 adalah dirujuk. UiTM telah memulakan penggunaan komputer sewaan dan pembekalan pertama adalah pada Disember 2007. Kaedah sewaan ini memberikan beberapa kelebihan berbanding dengan kaedah pembelian, antaranya kos yang kompetitif, pengurusan asset dan penyelenggaraan akan dibuat oleh pembekal serta tempoh penangguhan penggunaan yang minima jika berlaku kerosakan kerana pengguna akan digantikan dengan komputer baru jika pembaikan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam. Pembayaran dibuat secara berperingkat selama tempoh sewaan. alt Siapa yang boleh menggunakan servis ini? Pusat Tanggung Jawab (PTJ) Bagaimana permohonan boleh dibuat?

Permohonan ini boleh dibuat terus melalui laman web http://epembekalanict.uitm.edu.my dengan memasukkan pesanan jabatan serta penama bagi komputer sewaan yang dimohon. Untuk mendapatkan pesanan jabatan, PTJ dikehendaki menghantar surat kelulusan JPPK dan salinan borang PB (yang telah mempunyai No. FAIS) ke Infotech bagi mendapatkan surat kelulusan Infotech