Pinjaman Peralatan/Perkakasan IT

Infotech sentiasa berusaha memastikan keperluan semasa pengguna-pengguna di UiTM mampu dipenuhi bagi mewujudkan satu sistem kerja yang efisien dan perbelanjaan berhemah adalah amat ditekankan, Infotech ada memyediakan perkhidmatan pinjaman Laptop/Notebook bagi tujuan rasmi jabatan dan universiti untuk menampung keperluan semasa penggunaan IT. Keadaan ini mampu mengurangkan kos pembelian peralatan IT di setiap jabatan.

Kemudian ini boleh diperolehi melalui permohonan rasmi kepada Pejabat Teknologi Maklumat Infotech 

Q & A

Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?

Staf pentadbiran dan akademik

Bagaimana permohonan boleh dibuat?

Permohonan ini boleh dibuat terus melalui system iSMS (http:/isms.uitm.edu.my) Sila sertakan Surat Permohonan Rasmi dari Ketua Jabatan

Berapa harga bagi perkhidmatan yang disediakan?

Buat masa ini perkhidmatan disediakan secara percuma