Penyelenggaraan Komputer

Infotech sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menjadi tanggungjawab memastikan kemudahan IT seperti komputer siap sedia digunakan dengan optima, cekap dan selamat. Dalam menjamin kelancaran pengguna dan meminimakan risiko ancaman keselamatan IT maka Infotech melaksanakan penyelenggaraan bersepadu untuk semua peralatan IT dari masa ke semasa berpandukan kepada keperluan tertentu.

Q & A

Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?

Staf pentadbiran dan akademik

Bagaimana permohonan boleh dibuat?

Permohonan ini boleh dibuat terus melalui system iSMS (http:/isms.uitm.edu.my)

Berapa harga bagi perkhidmatan yang disediakan?

Buat masa ini perkhidmatan disediakan secara percuma