Pelbagai sistem maklumat telah dibangunkan oleh Pejabat Teknologi Maklumat (InfoTech), sama ada secara in-house, joint-venture atau outsourced. Kebanyakan sistem tersebut  diselenggara sendiri oleh InfoTech untuk memenuhi keperluan pemegang taruh (stakeholder). Universiti membenarkan permohonan bagi mendapatkan perkhidmatan sistem maklumat bagi kegunaan PTJ.

Q & A

Siapa yang boleh menggunakan kemudahan ini?
- Pusat Tanggung Jawab (Fakulti, Jabatan, Cawangan, Konferensi, dll)
- Pengguna sistem pula adalah dari kalangan Pelajar, Staf dan Orang Awam
Kategori Perkhidmatan merangkumi:-
Pusat Tanggung Jawab (Fakulti, Jabatan, Cawangan, Konferensi, dll)
Perkhidmatan pembangunan sistem merujuk kepada :-
- Pembangunan sistem baru yang belum terdapat di Universiti
- Pengubahsuaian sistem sedia ada yang melibatkan perubahan proses, data, antaramuka grafik dan sebagainya.
- Pengembangan sistem sedia ada dalam bentuk pembangunan Modul Baru bagi sistem sedia ada untuk memenuhi keperluan baru universiti.