Semua Institusi Pengajian Tinggi termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menjalankan Kajian Pengesanan Graduan secara dalam talian (on-line) sejak tahun 2006 atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kajian ini bertujuan mengukur tahap 'employability' dan 'marketability' graduan selain mendapatkan pandangan/persepsi graduan tentang keberkesanan dan kualiti program akademik dan sistem penyampaian di Universiti.

Oleh itu, semua graduan UiTM Cawangan Negeri Sembilan dimestikan mengisi soal selidik Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) bagi Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-91 (Oktober 2019) secara dalam talian (on-line). Sistem akan dibuka pada 10 September 2019 dan akan ditutup pada 6 Mei 2019 dengan melayari laman sesawang http://graduan.mohe.gov.my/v/.

Graduan dikehendaki menyerahkan slip pengesahan Kajian Pengesanan Graduan (KPG) semasa mendaftar untuk mengambil jubah.

(Rujuk Carta Alir KPG).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:-

 

#

NAMA PEGAWAI

NO. TELEFON

1

Nama Pegawai: Encik Ahmad Nizam Bin Ismail
E-mel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

03 – 5544 2071

2

Nama Pegawai: Puan Shamsida Binti Mohd Jabor

E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

03 – 5544 2078

 

Maklumat yang jujur, ikhlas dan tepat amat dialu-alukan dan dihargai dalam memperbaiki sistem pendidikan di Universiti.

 

PENTING:

Sila pastikan anda telah mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah.  Sila bawa Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan semasa pendaftaran dan pinjaman jubahTanpa dokumen yang lengkap, graduan tidak dibenarkan mengambil jubah.