UNITINFOSTRUKTUR
FUNGSI
Pejabat Teknologi Maklumat bertanggungjawab dalam reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan sokongan daripada semua sumber-sumber teknologi maklumat di Universiti Teknologi MARA dan kampus cawangan. Ini termasuk perkhidmatan rangkaian, operasi pusat data, desktop dan aplikasi pentadbiran, teknologi multi-media dan Tele-conference, telekomunikasi.
SEJARAH PENUBUHAN
Pengwujudan InfoTech telah melebihi 40 tahun, jika dilihat susur galur InfoTech ia bermula seawal pada tahun 1970 sebagai Unit Komputer di bawah Kajian Sains Matematik dan Komputer. Kemudian ia telah berdiri sendiri dengan identiti Pusat Komputer pada tahun 1985. Seterusnya pada tahun 1991 ia telah ditukar nama kepada Pusat Sistem Maklumat Bersepadu atau ringkasnya PSMB.
Pada tanggal 25 Julai 2011 bersamaan 23 Sya'aban 1432, penggunaan nama Pejabat Teknologi Maklumat atau ringkasnya InfoTech telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif UiTM bagi menggantikan Pusat Sistem Maklumat Bersepadu atau PSMB. Pada tarikh ini juga, struktur organisasi beserta logo baru InfoTech turut diluluskan. Pada hari ini Pejabat Teknologi Maklumat di letakan di bawah Pejabat Infrastruktur dan Infostruktur dan di beri status kepada Jabatan Infostruktur.


![]() |
MOHD NUR ZULHILMI BIN SIRUN Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 606-6982032 |
|
|
WAN MOHAMAD HAFIZUL WAN ROSLI Juruteknik Komputer 606-6982034 |
|
|
HAIKAL YUSOF Juruteknik Komputer 606-6982033 |
