UNITKOKURIKULUM

DEFINISI KOKURIKULUM
Perenggan 1.43 Peraturan Akademik UiTM Program Diploma dan Sarjana Muda (Pindaan 2015) mendefinisikan Kokurikulum ialah kursus Universiti yang dijalankan untuk memupuk Kemahiran Insaniah pelajar seperti yang telah ditetapkan oleh Universiti bagi memenuhi salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Sarjana Muda

PENGENALAN KURSUS KOKURIKULUM
Kursus-kursus kokurikulum UiTM adalah Kursus Universiti Berkredit telah diperkenalkan sejak tahun 1976 bertujuan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah.
Kementerian menetapkan visi bagi membangunkan graduan yang seimbang dari segi akhlak dan ilmu dengan meningkatkan minda berpandukan nilai dan keusahawanan. Hal ini akan dilaksanakan menerusi kurikulum yang ditambah baik, kerjasama industri yang dikembangkan dan program pembelajaran melalui pengalaman, beserta kerangka penilaian bersepadu baharu yang melihat ke arah pembangunan holistik.

TERAS KOKURIKULUM
SEBANYAK 8 TERAS yang dikemukakan bagi pembangunan kemahiran generik dalam kalangan pelajar
  • Teras Kesukarelawanan
  • Teras Kepemimpinan
  • Teras Daya Usaha dan Inovasi
  • Teras Kebudayaan dan Kesenian
  • Teras Khidmat Komuniti
  • Teras Keusahawanan
  • Teras Pengucapan Awam
  • Teras Sukan

OBJEKTIF UNIT KOKURIKULUM

  1. Menguruskan lantikan Jurulatih bertauliah dan berkelayakan untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum.
  2. Menawarkan program kokurikulum secara wajib selama tiga semester kepada semua pelajar sepenuh masa di UiTM.
  3. Menawarkan program kokurikulum lanjutan melalui badan-badan beruniform seperti Kesatria Negara, PALAPES, SUKSIS dan SISPA.
  4. Memperkasa pelaksanaan kursus kokurikulum sedia ada serta menambah bilangan kursus kokurikulum mengikut keperluan semasa.
  5. Memantap dan menguruskan pangkalan data pendaftaran pelajar, penilaian kursus kokurikulum dan analisa pencapaian.
  6. Menguruskan perlantikan dan latihan kepada Pegawai Kehormat Kesatria yang dilantik.
PIAGAM PELANGGAN UNIT KOKURIKULUM
  1. Memastikan kursus kokurikulum yang ditawarkan menepati keperluan semasa pelajar.
  2. Memastikan semua Jurulatih mempunyai ilmu, kemahiran, pengalaman dan sijil yang setaraf dengan bidang yang diajar.
  3. Memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berhemah kepada pelanggan melalui persatuan pelajar.
  4. Menyediakan pelajar yang mampu menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat melalui program sosial dan kemanusian.
Image
Image
 

 

AL ARIFF JOHAN MOHD SABRI

Penolong Pegawai Kesatria

al_ariff@uitm.edu.my

606-6982041

 

 

 

 

 

KHAIRUL AZHAR IBRAHIM

Pembantu Kesatria

azharibrahim@uitm.edu.my

606-6982061

 

 

ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
  1. Perlaksanaan Kursus Kokurikulum
  2. Pengendalian Kursus Kokurikulum.
  3. Pendaftaran Kursus Kokurikulum.
  4. Pengecualian Kredit Kursus Kokurikulum.
  5. Validasi Pendaftaran Kursus Kokurikulum.
  6. Pengendalian Ujian Akhir Kursus Kokurikulum.
  7. Pemasukan Markah Kursus Kokurikulum.
  8. Pembetulan Markah Kursus Kokurikulum.

PENGURUSAN JURULATIH KOKURIKULUM
  1. Pelantikan Jurulatih Kokurikulum.
  2. Penilaian Jurulatih Kokurikulum.
  3. Pemantauan Jurulatih Kokurikulum.
  4. Pelaksanaan Kursus Induksi Jurulatih Kokurikulum.
  5. Penyambungan Pelantikan Jurulatih Kokurikulum.
  
KEMUDAHAN LOGISTIK DAN PERALATAN LATIHAN
  1. Pakaian seragam Badan Beruniform
  2. Pakaian seragam Pegawai Kehormat Kesatria
  3. Tempahan penggunaan Padang Kawad
  4. Peralatan latihan kokurikulum

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan,
Kampus Rembau, 

Negeri Sembilan, MALAYSIA.

General Inquiry

Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my

Unit Komunikasi Korporat Rembau: korporatrembau@uitm.edu.my

Website Inquiry:
Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel : +606-698 2000
Faks : +606-698 2391