Assalamualaikum wbt,
Salam sejahtera,
Salam UiTM DiHatiku.
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan,
Dipelawa kepada semua Warga UiTM yang budiman untuk menyumbang ke Tabung Pusat Islam Al Taqwa secara dalam talian melalui link seperti di lampiran atau pada QR Code poster yang dipaparkan.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).
Terima kasih kepada penyumbang Tabung Pusat Islam Al Taqwa. Semoga sumbangan semua mendapat keberkatan dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T