JABATANPERAKAUNAN

Sejarah Fakulti Perakaunan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) bermula di Kampus Kuala Pilah pada tahun 2010. Semenjak penubuhannya, fakulti ini telah menawarkan kod-kod kursus yang memenuhi keperluan pelajar-pelajar di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan serta pelajar Fakulti Perladangan di kampus tersebut. Walaubagaimanapun, apabila UiTMCNS Kampus Seremban mula beroperasi pada tahun 2014, Fakulti Perakaunan diwujudkan di Kampus Seremban untuk menampung keperluan pengajaran kursus Perakaunan di tiga fakulti iaitu Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi serta Fakulti Sains Sukan & Rekreasi.

Kursus-kursus yang ditawarkan oleh fakulti merangkumi bidang Perakaunan Kewangan [Financial Accounting], Perakaunan Pengurusan [Management Accounting] dan Percukaian [Taxation] di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Kekuatan tenaga kerja Fakulti Perakaunan UiTMCNS Kampus Seremban bermula dengan enam orang pensyarah pada 2014 dan kemudian meningkat kepada sembilan belas orang pensyarah pada tahun 2018 manakala pada tahun 2019 seorang pensyarah telah bersara. Ini termasuk beberapa orang pensyarah yang juga bertugas di Kampus Rembau untuk pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus Perakaunan di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di kampus tersebut.

Kepakaran tenaga kerja Fakulti Perakaunan meliputi seramai dua orang Profesor Madya, dua belas orang Pensyarah Kanan (empat daripada Pensyarah Kanan berkelayakan Doktor Falsafah (PhD)), dan empat orang Pensyarah. Seluruh warga fakulti bekerjasama menyumbang kepada pencapaian fakulti dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan & perundingan, penerbitan serta innovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Fakulti Perakaunan UiTMCNS Kampus Seremban juga tidak ketinggalan mengadakan aktiviti-aktiviti untuk membina hubungan dengan jaringan komuniti setempat serta khidmat masyarakat. Sebahagian daripada aktiviti yang telah dijalankan adalah  dengan melaksanakan Program Bet On Accounting: Opportunivore Card di SMK King George V, Seremban; kerja-kerja amal bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim & Miskin Asnaf Murni, Sendayan, Negeri Sembilan; Program Motivasi dan Halatuju Kerjaya yang turut dijayakan oleh pelakon Ashraf Muslim; dan Program Kepimpinan Pengawas SMK Seremban 3.

FB rasmi Fakulti Perakaunan UiTMCNS Kampus Seremban boleh dicapai melalui Fakulti Perakaunan UiTM Kampus Seremban.
Image

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-6342000

Faks: +606-6335812

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

© Copyright Universiti Teknologi MARA