UNITKERJAYA DAN KAUNSELING

Unit Kerjaya & Kaunseling (UKK) adalah salah satu unit yang bernaung dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Di UiTM Kampus Seremban, UKK mempunyai dua orang Kaunselor berdaftar (Pegawai Psikologi) yang menjalankan mandat & tugas di UKK. UKK menyediakan perkhidmatan kaunseling secara bersepadu sama ada kaunseling individu, kelompok, kaunseling kerjaya, kes-kes rundingan serta bimbingan. Selain dari itu UKK  turut membantu dalam menjayakan Program Pembangunan Pelajar, motivasi diri, misi akademik dan sebagainya.

Objektif

  1. Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien belajar/bekerja dengan berkesan.
  2. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi belajar/bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
  3. Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkahlaku yang mengganggu.
  4. Menolong klien menyelesaikan masalahnya.

Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah:

1.

Sentiasa bersedia memberi perkhidmatan kaunseling yang mesra dan selesa.

2.

Menerima klien dari segenap lapisan tanpa syarat.

3.

Memastikan kerahsiaan terjamin.

4.

Menganjurkan dan mengendalikan program pengembangan kemanusiaan dan latihan kepada klien.

5.

Menyediakan ruang dan peluang kepada klien berkongsi masalah, mendapat informasi dan membangunkan potensi diri.



A. Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi

  1. Perkhidmatan Sesi Kaunseling Pelajar (Individu/Kelompok)
  2. Perkhidmatan konsultasi pelajar
  3. Perkhidmatan kaunseling maya
  4. Perkhidmatan Ujian Psikologi Kaunseling
  5. Konferensi Kes Kaunseling / latihan
  6. Perkhidmatan Konsultasi kepada ibubapa/staf/komuniti

B. Pembangunan Kaunseling dan Komuniti

  1. Program Pembangunan Diri /Klinik Kaunseling/Counseling Outreach/Kemahiran Belajar / Pengurusan Diri dsb
  2. Pembangunan Pembimbing Rakan Sebaya PEERS
  3. Membantu pengurusan latihan staf/komuniti yang memerlukan
  4. Ceramah/lawatan/pengendalian Aktiviti-aktiviti Kemasyarakatan

C. Perkhidmatan Pembangunan Kerjaya

  1. Program CaiRex/ ConvoJob Shop
  2. Aktiviti Pembangunan Kerjaya Pelajar
  3. Penerbitan dan Koleksi Bahan Panduan Kerjaya
  4. Program Career Outreach
  5. Klinik Resume/Temuduga
  6. Ujian Psikologi / Kerjaya

D. Penempatan Graduan Dan Kebolehpasaran Graduan

  1. Penempatan dan Perhubungan Majikan
  2. Temuduga Pekerjaan
  3. Penyaluran Nama Graduan kepada Majikan
  4. Iklan Jawatan Kosong
  5. Program Dialog Majikan
  6. Data Penempatan Pekerjaan
  7. Penilaian dan Maklum Balas Majikan
Image

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-6342000

Faks: +606-6335812

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

© Copyright Universiti Teknologi MARA