AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI

KOORDINATOR

Image
NASIF SIDQUEE PAUZI
nasifsidquee@uitm.edu.my
+606 634 2090
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Academy Contemporary of Islamic Studies) (ACIS) merupakan satu unit pelengkap kepada keseluruhan struktur organisasi akademik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kewujudan ACIS di UiTM adalah selaras dengan misi dan visi UiTM yang ingin melahirkan golongan profesional bumiputera yang bertakwa dan bersifat mulia. ACIS berperanan penting dalam memastikan misi dan visi UiTM tercapai dengan melahirkan golongan profesional bumiputera yang bukan sahaja berdaya saing dalam dunia moden malah golongan yang berpegang kepada agama dan adat resam bangsa. 
Justeru ACIS memikul tanggungjawab yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kursus-kursus berteraskan Islam khususnya bagi kursus universiti kepada semua fakulti/program di peringkat diploma dan ijazah serta kursus elektif mengikut keperluan bidang program di UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah Mata Pelajaran Umum (MPU) yang wajib diambil oleh semua pelajar.
Prof. Madya
1
PhD
2
Pensyarah Kanan
7
Pensyarah
2
Pengenalan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Academy Contemporary of Islamic Studies) (ACIS)) merupakan satu unit pelengkap kepada keseluruhan struktur organisasi akademik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kewujudan ACIS di UiTM adalah selaras dengan misi dan visi UiTM yang ingin melahirkan golongan profesional bumiputera yang bertakwa dan bersifat mulia. ACIS berperanan penting dalam memastikan misi dan visi UiTM tercapai dengan melahirkan golongan profesional bumiputera yang bukan sahaja berdaya saing dalam dunia moden malah merupakan golongan yang berpegang kepada agama dan adat resam bangsa.

Visi

  • Menjadi pusat kesepaduan ilmu, pemikiran dan kefahaman Islam di UiTM demi pembangunan ummah.

Misi

  • Mempelbagaikan kursus-kursus profesional dan separa profesional berorientasikan Islam dengan kerjasama fakulti dan agensi-agensi lain yang  berkaitan.
  • Menggiat dan menyuburkan budaya keintelektualan melalui kegiatan akademik dan pelbagai aktiviti.
  • Mempertingkatkan kesarjanaan dan penyelidikan dengan mengadakan program-program akademik dan non-akademik yang berorientasikan Islam.

Objektif

  • Memperkukuhkan penyebaran ilmu dan pemikiran serta kefahaman Islam melalui program akademik dan non-akademik yang berkualiti.
  • Menawarkan kursus dan fokus kepada kegiatan keilmuan dalam pelbagai disiplin di universiti mengikut perspektif Islam.
  • Mempastikan kejayaan kesarjanaan ilmu dan penyelidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan.
  • Menyelaras program pengembangan ilmu dan kefahaman Islam melalui perkongsian kepakaran, sumber dan prasarana antara organisasi dalam dan luaran UiTM.
  • Menyusun semula struktur dan program khidmat profesional kemasyarakatan seperti khidmat nasihat agama.
  • Menggiat dan meninggikan budaya penyelidikan dan perundingan dalam bidang keislaman.
  • Mengaplikasi budaya ICT dalam khidmat profesional kemasyarakatan.

2023

SIRI 51 - 60

SIRI 51           SIRI 52           SIRI 53           SIRI 54 

SIRI 55           SIRI 56           SIRI 57           SIRI 58 

SIRI 59           SIRI 60           

2023

2022

SIRI 39 - 50

SIRI 39           SIRI 40           SIRI 41           SIRI 42 

SIRI 43           SIRI 44           SIRI 45           SIRI 46 

SIRI 47           SIRI 48           SIRI 49           SIRI 50

2022

2021

SIRI 28 - 38

SIRI 28           SIRI 29           SIRI 30           SIRI 31 

SIRI 32           SIRI 33           SIRI 34           SIRI 35 

SIRI 36           SIRI 37           SIRI 38 

2021

2020

SIRI 18 - 27

SIRI 18           SIRI 19           SIRI 20           SIRI 21 

SIRI 22           SIRI 23           SIRI 24           SIRI 25 

SIRI 26           SIRI 27 

2020

2019

SIRI 09 - 17

SIRI 09           SIRI 10           SIRI 11           SIRI 12 

SIRI 13           SIRI 14           SIRI 15           SIRI 16 

SIRI 17 

2019

2018

SIRI 01 - 08

SIRI 01           SIRI 02           SIRI 03           SIRI 04 

SIRI 05           SIRI 06           SIRI 07           SIRI 08 

2018

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-6342000

Faks: +606-6335812

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

© Copyright Universiti Teknologi MARA