Jabatan Undang-Undang, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban (JUU) menyediakan perkhidmatan dalam pengajaran kursus “servicing” di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda kepada dua buah fakulti iaitu Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) & Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM). Kami di JUU sangat komited dalam menyediakan kualiti dan penambahbaikan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan graduan profesional terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggan selaras dengan misi dan visi UiTM. Sebahagian daripada kursus yang ditawarkan oleh JUU ialah Prinsip Perundangan Malaysia, Undang-Undang Pentadbiran, Undang-Undang Perniagaan dan Undang-Undang Syarikat Malaysia.

KOORDINATOR JABATAN UNDANG - UNDANG
DR. AMYLIA FUZIANA AZMI
amyli2597@uitm.edu.my
+606 634 2653

