PENGENALAN

Hal Ehwal Islam merupakan entiti asal Unit Agama yang ditubuhkan pada 3hb Mac 1971 diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu para pelajar melengkapkan diri dengan pengetahuan asas agama, disamping menyelesaikan masalah agama yang sentiasa berbangkit di kalangan pelajar. Mulai Februari 1998 Unit Agama di beri nama baru iaitu Unit Kemajuan Islam yang diletakkan di bawah Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB) yang berpejabat di Pusat Islam UiTM. Peranan dan fungsinya diperluaskan kepada khidmat penyebaran agama di kalangan staf di samping hakikinya untuk para pelajar. Pada Januari 2001 ia dikembalikan semula ke fungsi asalnya di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar maka mulai awal Januari 2003 ia diletakkan semula di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan nama Pusat Khidmat Nasihat Agama. Pada 13 Januari 2004 hingga Kini Ia digabungkan dengan Pusat Pendidikan Islam dan diletakkan dibawah naungan Centre for Islamic Thought and Understanding(CITU) dan diberi nama baru sebagai Pejabat Hal Ehwal Islam (HEI). Kakitangannya terdiri daripada Pegawai – Pegawai Penasihat Agama, Imam dan Bilal. Kini nama telah ditukar kepada nama ACIS.

 

 

OBJEKTIF

Bagi merealisasikan visi dan misi ini, ACIS telah merangka beberapa objektif, iaitu :

 Memperkukuhkan penyebaran ilmu dan pemikiran serta kefahaman Islam melalui program akademik dan bukan akademik yang berkualiti.

 Menawarkan kursus dan memfokus kegiatan keilmuan dalam pelbagai disiplin di Universiti mengikut perspektif Islam.

 Mempastikan kejayaan kesarjanaan dan penyelidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan.

 Menyelaras program pengembangan ilmu dan kefahaman Islam melalui perkongsian kepakaran, sumber dan prasarana antara organisasi salam dan luaran UiTM.

 Menyusun semula struktur dan program khidmat professional kemasyarakatan seperti khidmat nasihat agama dan guaman syari’e.

 Menggiat dan meninggikan budaya penyelidikan dan perundingan dalam bidang-bidang keislaman.

 Mengaplikasi budaya ICT dalam pengajaran, pembelajaran dan khidmat professional kemasyarakatan.

 

 

VISI

Menjadi pusat kesepaduan ilmu, pemikiran dan kefahaman Islam yang tersohor demi pembangunan ummah.

 

 

MISI

 Mempelbagaikan kursus professional dan separa professional yang berorentasikan Islam dengan kerjasama fakulti dan agensi berkaitan

 Menggiat dan menyuburkan budaya keintelektualan melalui kegiatan akademik dan pelbagai aktiviti.

 Mempertingkatkan kesarjanaan dan penyelidikan dengan mengadakan program-program akademik dan non-akademik yang berorentasikan Islam.

 

 

PERKHIDMATAN

1. Pengurusan bimbingan dan program pendidikan

2. Pengurusan & Pengimarahan Pusat Islam

3. Pengurusan Dakwah & Khidmat Komuniti

4. Pengurusan Zakat, Wakaf & Sedekah

5. Pengurusan Pentadbiran HEI

 

KEMUDAHAN PRASARANA

Pusat Islam At-Taqwa

 

PROGRAM-PROGRAM UTAMA

Menguruskan program Hari Kebesaran Islam di Kampus.

 WAKTU BEKERJA

 

Pegawai Hal Ehwal Islam (S41) 8.00 pagi - 5.00 petang

Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam (S27)(Imam) / Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)(Bilal) 5.30 Pagi - 9.00 Malam