Perkara Muat Turun
Borang Akujanji Pelajar Kolej  
Borang Kolej Kediaman  
Borang Rayuan Kolej
Borang Permohonan SRK & SRNR KP

 

Unit Pengurusan Kolej dan Non-Resident diwujudkan bagi memberi keselesaan dan persekitaran kampus yang kondusif kepada penghuninya serta membantu pelajar Non-Resident untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus. Unit ini turut bertanggungjawab membantu kebajikan, keselamatan dan penyediaan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan pelajar.

 

OBJEKTIF

  1. Menyediakan kemudahan penginapan dan makanan yang selesa dan selamat setara dengan perkembangan Universiti.
  2. Menaiktaraf keperluan asas dan fizikal untuk mewujudkan suasana penempatan yang selesa.
  3. Mewujudkan staf yang berkemahiran untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar.
  4. Menjadikan Kolej Kediaman sebagai asset yang menyumbang kepada pendapatan Universiti.
  5. Mewujudkan kolej yang mempunyai imej dan beridentiti pelajar.
  6. Meningkatkan imej kemudahan penempatan sehingga ke peringkat Antarabangsa.

 

MISI

 

Membangunkan pelajar menjadi insan berperibadi dan berakhlak mulia, seimbang dan harmoni, berdikari dan proaktif serta menjadi agen positif pembangunan negara melalui penyediaan kemudahan yang selesa dan serba lengkap serta program pembangunan pelajar yang komprehensif. 

 

VISI

 

Membangunkan pelajar menjadi insan berperibadi dan berakhlak mulia, seimbang dan harmoni, berdikari dan proaktif serta menjadi agen positif pembangunan negara melalui penyediaan kemudahan yang selesa dan serba lengkap serta program pembangunan pelajar yang komprehensif.

 

PIAGAM PELANGGAN

1

Penginapan

Meluluskan permohonan pelajar yang mendaftar dan layak untuk menginap di kolej kediaman pelajar mengikut kapisiti semasa.

2

Makanan

Memastikan perkhidmatan makanan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh uitm.

3

Pembangunan Pelajar

Menawarkan kepelbagaian program pembangunan pelajar kepada semua pelajar di kolej kediaman.

4

Keselamatan

Memastikan penghuni kolej selamat selaras dengan dasar dan objektif keselamatan uitm.

5

Kemudahan

Mempertingkatkan penggunaan kemudahan dan kualiti perkhidmatan di kolej untuk manfaat semua pelajar di kolej.

6

Persekitaran

Memastikan persekitaran kolej kediaman sesuai untuk penginapan dan pembelajaran selaras dengan dasar persekitaran uitm.

7

 

 

 

Perkhidmatan/Pentadbiran


 

  

Mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan pentadbiran di kolej :

  • Melayan urusan di kaunter pejabat tidak melebihi 5 minit.
  • Meluluskan permohonan pinjaman peralatan yang lengkap dalam tempoh 1 hingga 24 jam.
  • Memberi maklumbalas terhadap aduan/komen/cadangan dalam tempoh 1 hingga 5 hari bekerja

8

Umum

Layanan mesra, cepat dan bertanggungjawab