SEJARAH PENUBUHAN

Pendidikan Islam mula diperkenalkan di UiTM bermula pada tahun 1975 dibawah tanggungjawab Unit Pendidikan Islam (UPI). Pada tahun 1977 subjek Tamadun Islam menjadi subjek wajib bagi semua pelajar, oleh kerana permintaan yang meningkat di kalangan pelajar terhadap pengajaran pendidikan Islam pada tahun 1983.

Pendidikan Islam pula, mula ditawarkan secara formal kepada pelajar Institusi Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1975 dengan nama Tamadun Islam. Hasil daripada Muzakarah Pendidikan Islam Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia pada 20hb hingga 22hb Jun 1977, TIM telah mewajibkan kursus Pendidikan Islam dengan nama ‘Mata Pelajaran Pendidikan Islam’ kepada semua pelajar Muslim di seluruh kampus ITM. Kursus ini dilaksanakan dua (2) jam kontak seminggu dalam tempoh enam (6) semester bersamaan dua belas (12) jam kredit. Pada Peringkat awal perlaksanaan, mata pelajaran tersebut dikendalikan oleh Unit Pendidikan Islam (UPI) di bawah Dekan Hal Ehwal Akademik. Seramai 28 tenaga pengajar yang berkelulusan aliran agama dari pelbagai institusi pengajian tinggi bertugas di unit ini.

UPI telah dinaikkan status menjadi satu entity dengan nama Pusat Pendidikan Islam (PPI) pada 01 April 1983 bersamaan 17hb Jamadil Akhir 1403. Tujuan penubuhan PPI ialah :

  • Merubah status UPI kepada ‘Pusat’ dengan identity yang tersendiri.
  • Meningkatkan keupayaan untuk memberi khidmat ilmiah yang lebih berkesan dalam melaksanakan program akademik ITM.

Bermula kemasukan julai 1983,, semua pelajar non-muslim dikehendaki mengambil kursus Tamadun Islam dengan tidak diwajibkan lulus peperiksaan. Pada kemasukan Julai 1985, semua pelajar non-muslim dikehendaki mengambil kursus Tamadun Islam dan mesti lulus peperiksaan serta diberi kredit. Mereka yang gagal dikehendaki mengulanginya sehingga lulus.

Perubahan status ITM ke UiTM turut memberi kesan kepada PPI. Kursus Pendidikan Islam peringkat diploma ditawarkan hanya selama TIGA (3) semester bersamaan dengan enam (6) jam kredit, bermula kemasukan Mei 2000. Walau bagaimanapun bagi program peringkat ijazah Sarjana Muda Kepujian, PPI telah dipertanggungjawabkan unutuk menawarkan kursus sejumlah empat (4) jam kredit bermula pada Nov 1998.

Pada 13 Januari 2004 bersamaan 20 Zulkaedah 1424H peranan PPI dikembangkan dengan penubuhan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU). Cadangan penggabungan Pusat Pendidikan Islam dengan Pusat Khidmat Nasihat Agama telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UiTM pada 19 Mac 2003. Matlamat penubuhannya adalah untuk menjadi pusat perpaduan ilmu, pemikiran, kefahaman dan perkhidmatan Islam dapat diperkukuhkan lagi selari dengan kehendak visi da misi UiTM.

Penstrukturan baru PPI dan PKNA dapat memperkasa dan memperkukuhkan program – program akademik dan non-akademik yang berorentasikan keislaman, selaras dengan hasrat universiti. CITU berperanan melahirkan graduan professional, berkemahiran, berpengetahuan dan berpandangan jauh serta mempunyai daya saing dan ketahanan yang tinggi bagi menghadapi dunia persaingan semasa. 

Hal Ehwal Islam merupakan entiti asal Unit Agama yang ditubuhkan pada 3hb Mac 1971 diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu para pelajar melengkapkan diri dengan pengetahuan asas agama, disamping menyelesaikan masalah agama yang sentiasa berbangkit di kalangan pelajar. Mulai Februari 1998 Unit Agama di beri nama baru iaitu Unit Kemajuan Islam yang diletakkan di bawah Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB) yang berpejabat di Pusat Islam UiTM. Peranan  dan fungsinya diperluaskan kepada khidmat penyebaran agama di kalangan staf di samping hakikinya untuk para pelajar.

Pada Januari 2001 ia dikembalikan semula ke fungsi asalnya di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar maka mulai awal Januari 2003 ia diletakkan semula di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan nama Pusat Khidmat Nasihat Agama. Pada 13 Januari 2004 hingga Kini Ia digabungkan dengan Pusat Pendidikan Islam dan diletakkan dibawah naungan Centre for Islamic Thought and Understanding(CITU)  dan diberi nama baru sebagai Pejabat Hal Ehwal Islam (HEI). Kakitangannya terdiri daripada Pegawai – Pegawai Penasihat Agama, Imam dan Bilal.

 

 

Ketua Pusat Pengajian

Akademi Pengajian Islam Kontemporari

Universiti Teknologi MARA

Cawangan Negeri Sembilan

Contact : 06- 483 2185

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Koordinator

Akademi Pengajian Islam Kontemporari

Universiti Teknologi MARA

Cawangan Negeri Sembilan

Contact : 06-634 2090

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PHILOSOPHY

To believe that every man can develop a good moral value through an integrated Islamic education.

VISION

To be an established centre for integrated Islamic knowledge, thought and understanding in order to serve for the betterment of the ummah.

MISSION

To offer professional and semi-professional courses with Islamic orientation through cooperation with other faculties and departments.
To inculcate intellectual culture within the campus through academic and non-academic activities.
To enhance professionalism and intellectualism through Islamic academic and non-academic courses and programmes.

OBJECTIVES

To enhance the dissemination of Islamic knowledge and understanding through proper academic programmes.
To ensure the successful realisation of the objectives of Islamic education in UiTM.
To incorporate the Islamic values in various academic programmes and courses under all faculties in UiTM