PROF MADYA DR ABDUL HALIM BIN RAMLI

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik

 

 

PENGENALAN

Bahagian Hal Ehwal Akademik adalah salah satu bahagian terpenting dalam struktur organisasi Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan. Bahagian ini terdiri daripada Unit Pentadbiran dan Rekod Pelajar, Unit Peperiksaan dan Percetakan serta Unit Makmal. Bahagian Hal Ehwal Akademik bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran program-program akademik di UiTM Negeri Sembilan seperti.

  • Mengurus dan menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
  • Menyediakan dan memberi khidmat sokongan untuk membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
  • Menguruskan sistem rekod pelajar, peperiksaan serta urusan-urusan akademik yang berkaitan – maklumat pengajian pelajar serta urusan staf akademik

VISI

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISI

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

 

FUNGSI DAN TUGAS UTAMA BAHAGIAN PENTADBIRAN HAL EHWAL AKADEMIK

UNIT PENTADBIRAN DAN REKOD PELAJAR

Fungsi utama Unit Pentadbiran dan Rekod Pelajar adalah :

  1. Pentadbiran am HEA
  • Urusan rekod dan fail bahagian
  • Urusan surat menyurat bahagian
  • Tuntutan pelbagai pensyarah dan staf bahagian
  • Keperluan dan penempatan pensyarah
  • Inventori dan perlupusan bahagian
  • Tabung Amanah Pembangunan Akademik

 

  1. Pengurusan rekod pelajar dan pendaftaran
  • Pendaftaran pelajar baru
  • Fail peribadi pelajar
  • Pendaftaran kursus
  • Cuti khas
  • Menarik diri
  • Tangguh pengajian
  • Pengecualian kredit
  • Rayuan meneruskan pengajian
  • Surat pengesahan pelajar
  • Permohonan mini transkrip
  • Laporan ketidakhadiran kuliah
  • MDAB

 

  1. Pengurusan pembelajaran dan pengajaran
  • Jadual waktu kuliah
  • Alat bantuan mengajar
  • Pemantauan bilik kuliah
  • SUFO
  • PROPENS

 

UNIT PEPERIKSAAN DAN PERCETAKAN

Fungsi utama Unit Peperiksaan dan Percetakan adalah :

  1. Menguruskan hal ehwal peperiksaan
  • Peperiksaan akhir/peperiksaan khas
  • Keperluan peperiksaan
  • Rayuan Semak Semula

 

  1. Percetakan
  • Percetakan kertas soalan peperiksaan akhir
  • Percetakan ujian/kuiz pensyarah
  • Percetakan pelbagai kampus

 

UNIT MAKMAL

Fungsi utama Unit Makmal adalah

Pada masa kini UiTM Negeri Sembilan mempunyai sebanyak 35 unit  makmal yang dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  1. Makmal Teknologi Makanan
  2. Makmal Mikrobiologi
  3. Makmal Fizik
  4. Makmal Biologi
  5. Makmal Kimia
  6. Makmal Tekstil (masih dalam perancangan)

Berikut merupakan antara fungsi Unit Makmal

  1. Pentadbiran
  • Membantu HEA dalam menguruskan latihan industri pelajar di Unit Makmal
  • Pengurusan keselamatan makmal
  • Membantu penyeliaan urusan penstoran bahan dan peralatan makmal
  1. Pengajaran
  • Merancang keperluan makmal untuk memastikan keperluan pengajaran mencukupi
  • Merancang perlaksanaan tugas dan operasi makmal
  1. Penyelidikan
  • Merancang perlaksanaan tugas operasi penyelidikan
  • Membantu dalam mengendalikan peralatan penyelidikan
  • Membantu dalam menguruskan kerjasama/jalinan bersama agensi luar sekiranya ada
  • Menyelia lawatan/projek pelajar UiTM dan agensi luar (IPTA/Sekolah dll)
  1. Pengurusan Sumber/Alat
  • Membantu dalam urusan penyelenggaraan peralatan
  • Membantu mengurus dan mengkoordinasikan perolehan dan pembelian keperluan makmal
  • Mengurus operasi pelupusan