Visi 

Menjadi sebuah unit yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar. 

 

Misi

Meningkatkan daya saing di kalangan pelajar UiTM Negeri Sembilan dalam percambahan jati diri serta memandu mereka ke arah kecemerlangan insaniah, 

berlandaskan nilai-nilai murni serta
penerapan disiplin yang tinggi. 

 

Definisi Kokurikulum 

Kokurikulum adalah kegiatan luar kuliah (sahsiah pelajar) yang ditetapkan oleh salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. 

 

Model Graduan UiTM

Program Kokurikulum 

Program Kokurikulum telah diperkenalkan sejak tahun 1976 bertujuan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik dan menepati ciri-ciri Model Graduan UiTM.  Pentadbiran program kokurikulum ini diletakkan di bawah Pusat Kokurikulum dan Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Malaysia.  Semua pelajar UiTM sama ada mengikuti kursus Diploma ataupun Ijazah SEPENUH MASA di Universiti Teknologi MARA dikehendaki MENDAFTAR dan WAJIB LULUS kursus kokurikulum dalam tempoh pengajian.  Pengecualian kredit kokurikulum boleh diberi jika pelajar membuat permohonan kepada Unit Kokurikulum dan dipertimbangkan jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.  Dasar pelaksanaan kokurikulum ini terpakai bagi seluruh sistem UiTM termasuk di Kolej-kolej Bersekutu.  

Link --> Kursus-kursus Kokurikulum di UiTM Negeri Sembilan 

 

Hubungi Kami

Unit Kokurikulum, 

Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, 

UiTM Negeri Sembilan,

72000 Kuala Pilah, 

Negeri Sembilan. 

06-4832280