UiTM Negeri Sembilan merupakan salah sebuah kampus cawangan yang baru di dalam Sistem UiTM dan beroperasi sebagai sebuah kampus tetap bermula dari tahun 2009. Unit Makmal Sains telah diwujudkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) dan  bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengurusan makmal, keselamatan dan penyelenggaraan peralatan, keperluan pengajaran dan pembelajaran di UiTM Negeri Sembilan.

Di antara skop tugas dan tanggungjawab Unit Makmal Sains adalah seperti berikut:

a. Pentadbiran

  • Membantu HEA dalam menguruskan latihan industri pelajar di Unit Makmal
  • Pengurusan keselamatan makmal
  • Membantu penyeliaan urusan penstoran bahan dan peralatan makmal

b. Pengajaran

  • Merancang keperluan makmal untuk memastikan keperluan pengajaran mencukupi
  • Merancang perlaksanaan tugas dan operasi makmal

c. Penyelidikan

  • Merancang perlaksanaan tugas operasi penyelidikan
  • Membantu dalam mengendalikan peralatan penyelidikan
  • Membantu dalam menguruskan kerjasama/jalinan bersama agensi luar sekiranya ada
  • Menyelia lawatan/projek pelajar UiTM dan agensi luar (IPTA/Sekolah dll)

d. Pengurusan Sumber/Alat

  • Membantu dalam urusan penyelenggaraan peralatan
  • Membantu mengurus dan mengkoordinasikan perolehan dan pembelian keperluan makmal
  • Mengurus operasi pelupusan

Unit Makmal Sains bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan bagi keperluan akademik bagi program - program yang ditawarkan di peringkat Pasca Siswazah, Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Pra-Diploma di UiTM Negeri Sembilan. Terdapat dua buah Fakulti yang berasaskan Sains dan Teknologi yang telah di tempatkan di UiTM Negeri Sembilan, iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Perladangan & Agroteknologi.

Pada masa kini UiTM Negeri Sembilan mempunyai sebanyak 35 unit  makmal yang dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  1. Makmal Teknologi Makanan
  2. Makmal Mikrobiologi
  3. Makmal Fizik
  4. Makmal Biologi
  5. Makmal Kimia
  6. Makmal Textile (masih dalam perancangan)