UNIT HAL EHWAL KURIKULUM AKADEMIK (UHEK)


PENGENALAN

 

UHEK UiTM NEGERI SEMBILAN ditubuhkan bagi membantu Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM NS dalam aspek  berkaitan :

 

  • Pengurusan Kurikulum Akademik,
  • Penawaran Program Baru dan
  • Projek Khas Naib Canselor (VCSP 5 Pillars Attribute)
  • I-Learn

 

Pembentukan Jawatankuasa UHEK dibuat dan diketuai oleh Koordinator UHEK dan 4 Pengerusi bagi setiap cabang pada Julai 2012.  Dalam mesyuarat yang pertama UHEK dipengerusi oleh Koordinator UHEK, dicadangkan penambahan satu cabang baru iaitu Pentaksiran dan Penilaian untuk membantu bahagian Peperiksaan HEA NS dalam mempastikan kesetaraan kualiti penilaian pelajar dijamin.