Bahagian pentadbiran UiTM Negeri Sembilan adalah bahagian yang menguruskan perkhidmatan sumber manusia. Jumlah staf UiTM Negeri Sembilan  pada masa kini adalah seramai 381 orang. Staf pengurusan dan sokongan adalah seramai 199 orang manakala staf akademik adalah seramai 183 orang termasuk 6 orang cuti belajar.

 

Objektif

Memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada pelanggan yang dikenalpasti berdasarkan peraturan kerajaan. Pelanggan yang dikenalpasti adalah terdiri daripada staf, pelajar, ibu/bapa pelajar dan jabatan luar/orang awam.

 

Piagam Pelanggan

Kami berusaha dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan iaitu kepada pelajar, staf dan ibubapa.

 

Strategi Kami

Maklumat yang jelas, layanan mesra, mengikut prosedur kerja / perintah am. Produk kami adalah perkhidmatan yang adil dan telus untuk semua pelanggan berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan.

 

Fungsi Utama Jabatan

Perkhidmatan, buku perkhidmatan, cuti staf, penilaian prestasi staf, peraturan pejabat, perjawatan, iklan jawatan kosong kumpulan sokongan, mengurus keperluan dan pengambilan staf, menyediakan borang perjawatan, mengadakan temuduga, pertukaran staf dan pengesahan jawatan.

 

Pentadbiran Am

Melaksanakan pekeliling UiTM / kerajaan, mengurus surat-menyurat, mengurus dan mengesahkan tuntutan / bayaran bil UiTM, dan menguruskan kebajikan staf.

 

Latihan Dan Pembangunan Staf

Merancang latihan dan pembangunan staf, mengurus mesyuarat jawatankuasa latihan, mengedarkan borang-borang latihan kepada staf untuk makluman.

 

Perkhidmatan Kenderaan

Mengurus permohonan kenderaan daripada staf dan pelajar untuk urusan rasmi UiTM, menguruskan penyelenggaraan kenderaan UiTM, mengurus insuran dan cukai jalan kenderaan, mengurus pemeriksaan kenderaan di puspakom, dan mengurus penggunaan minyak kenderaan