OBJEKTIF :

Mencapai pengurusan kewangan terbaik dengan mendapat sijil Audit Bersih.

Meningkatkan persepsi dan kepuasan pelanggan dengan menepati Piagam Pelanggan dan peraturan yang ditetapkan.

Menggalakkan budaka penambahbaikan berterusan oleh semua staf dengan penglibatan staf sekurang-kurangnya dalam satu projek atau inisiatif kualiti setiap tahun

Mencapai penggunaan 100% sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi semua operasi sistem pengurusan kewangan.

 

DASAR KUALITI :

Melaksanakan sistem pengurusan kewangan secara profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, perlaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional. KUALITI UNTUK SEMUA, AKAUNTABILITI BERSAMA adalah merupakan teras perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

 

PIAGAM PELANGGAN :

1. Menguruskan belanjawan Universiti seperti berikut :-

   - Menyediakan Agihan Peruntukan Tahunan sebelum atau pada 1 Januari setiap tahun.

2. Mengeluarkan Pesanan Jabatan untuk permohonan perolehan melalui :

   - Tender / Sebutharga Rasmi / Rundingan Terus dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dalam FAIS.

   - Pembelian Terus / Kontrak Pusat dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan pembelian dalam FAIS.

3. Menjelaskan pembayaran terhadap semua tuntutan pembayaran dalam tempoh tujuh hari dari tarikh terima dokumen lengkap.

4. Penyerahan tiket kapal terbang selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh penerbangan bagi tempahan yang diterima tidak lewat dari tujuh hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.

5. Pengeluaran barang stor di buat dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

6. Mengangkut barang lupus dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh kelulusan pelupusan diterima.

7. Mengemukakan Laporan Ringkasan kedudukan kewangan (setelah diaudit) tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Pejabat Pendaftar dalam tempoh satu minggu seleaps menerima Sijil Ketua Audit Negara untuk disertakan bersama Memorandum menteri Pengajian Tinggi.

8. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan UiTM yang lengkap mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.