Unit Komunikasi Korporat

Unit Perhubungan Korporat UiTM Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 2000.

Unit ini berada di bawah pejabat Rektor Negeri Sembilan yang diterajui oleh seorang Koordinator sebagai tenaga penggerak bagi meningkatkan imej UiTM Negeri Sembilan melalui hubungan  dua hala dengan pelbagai agensi/jabatan dan masyarakat melalui pelbagai bentuk aktiviti dan kerjasama.

Unit ini terbahagi kepada  6 unit kecil iaitu:

  1. Unit Penerbitan
  2. Unit Perhubungan Luar/Publisiti
  3. Unit Intelectual Discourse
  4. Unit Promosi
  5. Unit Aduan Maklumbalas Pelanggan
  6. Unit Majlis dan Protokol

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan dan menjaga imej korporat UiTM Negeri  Sembilan.
  2. Menyelaraskan aktiviti perhubungan korporat di UiTM Negeri Sembilan.
  3. Menyalurkan aduan dan maklumbalas pelajar,  staf dan pihak luar yang berkaitan dengan kemudahan serta perkhidmatan UiTM Negeri Sembilan kepada pihak pengurusan.
  4. Memastikan bahan-bahan penerbitan korporat Universiti  seragam dan selaras dengan dasar korporat.
  5. Memastikan dasar dan maklumat berkaitan Universiti dihebah dan difahami warga Universiti serta masyarakat luar.