Unit Sukan berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan untuk pelajar dan staf universiti.  Ini bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan kecergasan fizikal pelajar selain membentuk sahsiah dan personaliti mantap sebagai seorang mahasiswa.  Melalui program serta aktiviti sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran unit sukan untuk melibatkan seramai 80% warga kampus aktif dalam kegiatan sukan.

 

Unit Sukan turut berperanan untuk meningkatkan imej universiti melalui pencapaian cemerlang dalam bidang sukan.

 

Unit Sukan juga bertanggungjawab mengurus, mengawal dan menyelenggara kemudahan sukan.  Antara kemudahan sukan yang boleh digunakan pelajar dan staf universiti adalah 2 gelanggang bola keranjang multi purpose bersama gelanggang bola tampar, 2 gelanggang sepak takraw serta 1 lagi gelanggang bola tampar di Kampus Melang.  Komplek sukan yang bakal diwujudkan pasti akan lebih meyakinkan serta penghasilan warga kampus yang cergas dan lebih produktif.  Kompleks sukan yang bakal wujud juga akan mengikut Spesifikasi Persekutuan Sukan Antarabangsa. 

 

Pelbagai aktiviti utama yang dijalankan oleh Unit Sukan adalah Sukan Kolej (SUKOL), Sukan Antara Program, Bulan Sukan, Kejohanan Dalamam, Karnival Sukan Mahasiswa( KARiSMA), Sukan Staf dan lain-lain kejohanan jemputan, baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan.  

 

Visi, Misi, & Objektif Unit Sukan

 

Visi

  • Membudayakan sukan untuk melahirkan graduan yang cergas, cerdas, cemerlang, dan berdaya saing di peringkat global.

 

Misi

  • Menjadi sebuah organisasi sukan yang cemerlang dalam pembangunan dan perkhidmatan sukan.

 

Objektif

  • Melaksankan sukan sebagai salah satu matapelajaran pilihan ko-kurikulum.
  • Menggalakkan masyarakat kampus bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan riadah. 
  • Merapatkan silaturrahim sesama masyarakat UiTM dan masyarakat luar kampus.