Pusat Pengajian Teknologi Industri dicipta bagi menghasilkan graduan yang kreatif, celik teknologi dan mampu mengaplikasikan gabungan ilmu berkaitan kejuruteraan dan pembuatan agar proses penghasilan produk menjadi semakin pantas, mudah dan efisyen serta mampu membantu sesebuah syarikat mencapai tahap produktiviti yang berdaya saing dan menguntungkan.  Pusat pengajian ini ditubuhkan di UiTM Kampus Kuala Pilah pada tahun 2016 sebagai penambahbaikan sistem tadbirurus UiTM dan ia memiliki dua (2) jabatan iaitu Jabatan Teknologi Makanan dan Jabatan Teknologi Tekstil serta satu (1) Special Interest Group (SIG) iaitu Alliance of Research & Innovation for Food (ARIF). Sehingga Mei tahun 2019, pusat pengajian ini memiliki sebanyak 19 orang kakitangan akademik yang terdiri daripada tiga (3) orang pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dan 16 orang pemegang ijazah Sarjana (Msc).  

 

 

 

Terdapat empat (4) Program Akademik yang ditawarkan di Pusat Pengajian Teknologi Industri UiTM Kampus Kuala Pilah iaitu AS246 - Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains & Teknologi Makanan (Bermula Mac 2019), AS116 – Diploma Teknologi Makanan (Bermula Jun 2009), AS118 – Diploma Teknologi Tekstil (Bermula Jun 2009) dan AS116 - Diploma Teknologi Makanan Mod Separuh Masa (iNED) (Bermula September 2019).

 

Akreditasi

Program ini telah mendapat Akreditasi daripada MQA (Reference No. 12686).

 

Sinopsis Program

Program peringkat Sarjana Muda (MQF Level 6) ini merupakan program yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu sains seperti sains kimia, sains biologi, sains fizik dan prinsip kejuruteraan. Ia dicipta agar mahasiswa & mahasiswi dapat memahami secara mendalam berkenaan isi kandungan makanan, kaedah mencipta makanan baru, kaedah menambahbaik kualiti makanan, kaedah mengurus kualiti makanan, kaedah pengawetan makanan, kaedah penjualan dan keusahawanan, undang-undang yang terlibat dalam industri makanan, kaedah menjalakan kajian saintifik dan lain-lain. Semua pelajar akan menjalani “Latihan Industri” didalam atau luar negara bagi memantapkan lagi ilmu berkenaan teknologi makanan yang dipelajari. Graduan daripada program ini mampu membekalkan kepada pengguna produk makanan baru yang berinovasi, selamat, berkhasiat, tahan lama, mesra pengguna dan semestinya ia mampu dimiliki. Program ini juga merupakan kesinambungan daripada Program Diploma Teknologi Makanan (AS116).

 

Peluang Melanjutkan Pengajian

Graduan program ini berpeluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan di universiti tempatan ataupun antarabangsa. Fakulti Sains Gunaan ada menawarkan Program Pascasiswazah seperti Sarjana Sains (MSc) dan Kedoktoran (PhD) dalam bidang Sains dan Teknologi Makanan yang dikelolakan oleh Institut Pengajian Siswazah (IPSis)

  

Durasi Program

Program ini memerlukan masa selama 8 semester (4 tahun) merangkumi 153 jam kredit untuk ditamatkan. Walaubagaimanapun, “Pengecualian Kredit” akan dianugerahkan kepada mahasiswa & mahasiswi yang merupakan graduan lepasan Diploma yang berkaitan terutamanya graduan daripada Program Diploma Teknologi Makanan (AS116).     

 

Pelan Pengajian

 

 

Lokasi Penawaran Program

Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam.

Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.

 

Syarat Kemasukan

Sila rujuk pautan berikut: https://online.uitm.edu.my/

 

Brosur Program

Sila rujuk Brosur Program Fakulti Sains Gunaan 2019

 

Hubungi pegawai berikut:

Penyelaras Program Sarjana Muda Sains (Kep) Sains & Teknologi Makanan (AS246)

Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Kuala Pilah

72000 Kuala Pilah

Negeri Sembilan

 

Akreditasi

Program ini telah mendapat Akreditasi daripada MQA (Reference No. 10834).

 

Sinopsis Program

Program peringkat Diploma (MQF Level 4) ini merupakan program yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu sains seperti sains kimia, sains biologi, sains fizik dan prinsip kejuruteraan. Ia dicipta agar mahasiswa & mahasiswi dapat memahami secara mendalam berkenaan isi kandungan makanan, kaedah mencipta makanan baru, kaedah menambahbaik kualiti makanan, kaedah mengurus kualiti makanan, kaedah pengawetan makanan, kaedah penjualan dan keusahawanan, undang-undang yang terlibat dalam industri makanan, kaedah menjalakan kajian saintifik dan lain-lain. Semua pelajar akan menjalani “Latihan Industri” didalam negara bagi memantapkan lagi ilmu berkenaan teknologi makanan yang dipelajari. Graduan daripada program ini mampu membekalkan kepada pengguna produk makanan baru yang berinovasi, selamat, berkhasiat, tahan lama, mesra pengguna dan semestinya ia mampu dimiliki. Program ini merupakan program peringkat awal sebelum ia dilanjutkan ke Program Sarjana Muda Sains (Kep) Sains & Teknologi Makanan (AS246).

 

Peluang Kerjaya

Graduan program ini berpeluang untuk menjawat jawatan di sektor swasta sebagai Penyelia Jaminan Kualiti Makanan, Penolong Eksekutif Kawalan Mutu Makanan, Penolong Pengurus, Penolong Jurutera, Penolong Penganalisis Makanan, Juruteknik Makmal, Penolong Eksekutif Pengeluaran, Penolong Eksekutif Pembelian, Penolong Eksekutif Pemasaran, Juruteknik dan lain-lain. Manakala di sektor awam pula, graduan bakal menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Makanan, Penolong Pegawai Pemakanan dan Kesihatan, Penolong Inspektor Makanan, Penolong Pegawai Penyelidik, Penolong Pegawai Sains dan lain-lain.

 

Peluang Melanjutkan Pengajian

Graduan program ini berpeluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan di universiti tempatan ataupun antarabangsa. Fakulti Sains Gunaan ada menawarkan Program Sarjana Muda Sains (Kep) Sains & Teknologi Makanan (AS246).

 

Mod Program

Terdapat dua (2) mod perlaksanaan program ini iaitu mod sepenuh masa dan mod separauh masa (iNED).

 

Durasi Program

Program mod sepenuh masa memerlukan minimum lima (5) semester (2.5 tahun). Manakala mod separuh masa (iNED) memerlukan maksimum sepuluh (10) semester (5 tahun) dan kedua-dua mod ini merangkumi 91 jam kredit untuk ditamatkan.

 

Pelan Pengajian