Akademi Pengajian Bahasa (APB) Kampus Rembau mula beroperasi sejak tahun 2017 dengan perasmian pembukaan kampus baru di UiTM Negeri Sembilan. APB  menawarkan khidmat bahasa bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian peringkat diploma dan ijazah di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Khidmat bahasa yang ditawarkan adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.

VISI, MISI & OBJEKTIF

Visi, misi dan objektif Akademi Pengajian Bahasa Kampus Rembau adalah berasaskan visi, misi dan objektif Akademi Pengajian Bahasa UiTM Malaysia.

Visi: Menjadi sebuah Akademi Pengajian Bahasa yang unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan Bahasa

Misi:  Mempertingkatkan kesarjanaan dan kecemerlangan bahasa melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan; kerjasama akademia,industri dan masyarakat; kepimpinan; dan keusahawanan