Pengenalan

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Academy Contemporary of Islamic Studies) (ACIS) merupakan satu unit pelengkap kepada keseluruhan struktur organisasi akademik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kewujudan ACIS di UiTM adalah selaras dengan misi dan visi UiTM yang ingin melahirkan golongan profesional bumiputera yang bertakwa dan bersifat mulia. ACIS berperanan penting dalam memastikan misi dan visi UiTM tercapai dengan melahirkan golongan profesional bumiputera yang bukan sahaja berdaya saing dalam dunia moden malah merupakan golongan yang berpegang kepada agama dan adat resam bangsa.

 

Piagam Pelanggan

Akademi pengajian Islam Kontemporari Cawangan Negeri Sembilan (ACIS CNS)  beriltizam untuk menawarkan perkhidmatan berkualiti  kepada staf, pelajar dan pihak berkepentingan seperti berikut:

  • Menawarkan program dan kursus akademik berorientasikan Islam kontemporari.
  • Mengadakan sekurang-kurangnya dua (2) program jaringan industri/kemasyarakatan setahun.
  • Mengadakan sekurangnya-kurangnya tiga (3) program pelajar berkaitan akademik setahun.
  • Mengadakan sekurang-kurangya dua (2) program pembangunan staf ACIS dalam setahun
  • Menawarkan khidmat bimbingan dan nasihat kepada pelajar dalam hal-hal berkaitan akademik dan isu-isu Islam kontemporari.
  • Menyediakan khidmat kepakaran kepada pihak berkepentingan dari semasa ke semasa.

Perkhidmatan

  • Program Akademik
  • Bimbingan akademik dan bukan akademik
  • Program Plus Tahfiz

  

 

TARIKH KEMASKINI : 04.08.2020