Sejarah Penubuhan
Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan negeri yang terakhir dipilih untuk diadakan penempatan kampus cawangan UiTM yang baru iaitu di daerah Kuala Pilah. Kampus sementara UiTM Negeri Sembilan mula beroperasi pada 1 Jun 1999 dengan mengambil alih Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur, Kementerian Pertanian di Jalan Melang, Kuala Pilah. Pengambilan kumpulan pertama pelajar sesi Jun 1999 ialah seramai 166 orang. Untuk pengetahuan, kampus sementara UiTM Negeri Sembilan hanya menawarkan Program Pra-Diploma Sains.
Projek pembinaan kampus tetap UiTM Negeri Sembilan telah ditempatkan telah ditempatkan di Mukim Parit Tinggi, pada kawasan seluas 160 ekar telah dimulakan pada 13 Mac 2007. Majlis Pecah Tanah kampus tetap UiTM Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, 23 Ogos 2007 yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia. Pada akhir 2009, serahan tapak telah dilakukan antara pihak kontraktor dan UiTM.
UiTM Negeri Sembilan Kampus Beting mula beroperasi 1 Jun 2009 dengan 2 program Ijazah, 4 program Diploma dan program Pra Sains. Semester Julai 2010 menyaksikan pertambahan 1 program Diploma Pengurusun Perniagaan dan program Pra Perdagangan. |
|
|
|