PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI INDUSTRI
KOORDINATOR
Ts. DR. EDDIE TAN TI TJIH
eddietan@uitm.edu.my
+606 483 2369/ 2343
Pusat Pengajian Teknologi Industri, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah menawarkan tiga (3) Program akademik iaitu AS246 - Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains & Teknologi Makanan, AS116 – Diploma Teknologi Makanan, dan AS122 – Diploma Teknologi Tekstil dan Pakaian. Graduan yang dihasilkan bakal memiliki daya kreativiti yang tinggi, celik teknologi dan mampu mengaplikasikan gabungan ilmu berkaitan dengan kejuruteraan serta pembuatan agar proses penghasilan produk menjadi semakin pantas, mudah dan efisien. Graduan yang berjaya menamatkan pengajian berpeluang dan layak untuk menceburi kerjaya dalam sektor awam atau swasta.
-
10
17
24
692
Pusat Pengajian Teknologi Industri dicipta bagi menghasilkan graduan yang kreatif,
celik teknologi dan mampu mengaplikasikan gabungan ilmu berkaitan kejuruteraan dan pembuatan agar proses penghasilan produk menjadi semakin pantas,
mudah dan efisyen serta mampu membantu sesebuah syarikat mencapai tahap produktiviti yang berdaya saing dan menguntungkan.
Pusat pengajian ini ditubuhkan di UiTM Kampus Kuala Pilah pada tahun 2016 sebagai penambahbaikan sistem tadbirurus UiTM dan
ia memiliki dua (2) jabatan iaitu Jabatan Teknologi Makanan dan Jabatan Teknologi Tekstil serta satu (1) Special Interest Group (SIG) iaitu Alliance of Research & Innovation for Food (ARIF).
Sehingga Disember 2020, pusat pengajian ini memiliki sebanyak 25 orang kakitangan akademik yang terdiri daripada sebelas (11) orang pemegang ijazah kedoktoran (PhD), 14 orang pemegang ijazah Sarjana (Msc) dan sembilan (9) daripadanya mereka memiliki gelaran Professional Technologist (Ts.).
Terdapat empat (4) Program Akademik yang ditawarkan di Pusat Pengajian Teknologi Industri UiTM Kampus Kuala Pilah iaitu AS246 - Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains & Teknologi Makanan (Bermula Mac 2019), AS116 – Diploma Teknologi Makanan (Bermula Jun 2009), AS118 – Diploma Teknologi Tekstil (Bermula Jun 2009) dan AS116 - Diploma Teknologi Makanan Mod Separuh Masa (iCEPS) (Bermula September 2019).
Akreditasi
Program ini telah mendapat Akreditasi daripada MQA (Reference No. 12686).
Sinopsis Program
Program peringkat Sarjana Muda (MQF Level 6) ini merupakan program yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu sains seperti sains kimia, sains biologi, sains fizik dan prinsip kejuruteraan. Ia dicipta agar mahasiswa & mahasiswi dapat memahami secara mendalam berkenaan isi kandungan makanan, kaedah mencipta makanan baru, kaedah menambahbaik kualiti makanan, kaedah mengurus kualiti makanan, kaedah pengawetan makanan, kaedah penjualan dan keusahawanan, undang-undang yang terlibat dalam industri makanan, kaedah menjalakan kajian saintifik dan lain-lain. Semua pelajar akan menjalani “Latihan Industri” didalam atau luar negara bagi memantapkan lagi ilmu berkenaan teknologi makanan yang dipelajari. Graduan daripada program ini mampu membekalkan kepada pengguna produk makanan baru yang berinovasi, selamat, berkhasiat, tahan lama, mesra pengguna dan semestinya ia mampu dimiliki. Program ini juga merupakan kesinambungan daripada Program Diploma Teknologi Makanan (AS116).
Peluang Melanjutkan Pengajian
Graduan program ini berpeluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan di universiti tempatan ataupun antarabangsa. Fakulti Sains Gunaan ada menawarkan Program Pascasiswazah seperti Sarjana Sains (MSc) dan Kedoktoran (PhD) dalam bidang Sains dan Teknologi Makanan yang dikelolakan oleh Institut Pengajian Siswazah (IPSis)
Durasi Program
Program ini memerlukan masa selama 8 semester (4 tahun) merangkumi 153 jam kredit untuk ditamatkan. Walaubagaimanapun, “Pengecualian Kredit” akan dianugerahkan kepada mahasiswa & mahasiswi yang merupakan graduan lepasan Diploma yang berkaitan terutamanya graduan daripada Program Diploma Teknologi Makanan (AS116).
Pelan Pengajian
Lokasi Penawaran Program
Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam.
Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.
Syarat Kemasukan
Sila rujuk pautan berikut: https://online.uitm.edu.my/
Brosur Program
Sila rujuk Brosur Program Fakulti Sains Gunaan 2019
Hubungi pegawai berikut:
Penyelaras Program Sarjana Muda Sains (Kep) Sains & Teknologi Makanan (AS246)
Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Kuala Pilah
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Akreditasi
Program ini telah mendapat Akreditasi daripada MQA (Reference No. MQA/SWA12470).
Sinopsis Program
Program peringkat Diploma (MQF Level 4) ini merupakan program yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu sains seperti sains kimia, sains biologi, sains fizik dan prinsip kejuruteraan. Ia dicipta agar mahasiswa & mahasiswi dapat memahami secara mendalam berkenaan isi kandungan makanan, kaedah mencipta makanan baru, kaedah menambahbaik kualiti makanan, kaedah mengurus kualiti makanan, kaedah pengawetan makanan, kaedah penjualan dan keusahawanan, undang-undang yang terlibat dalam industri makanan, kaedah menjalakan kajian saintifik dan lain-lain. Semua pelajar akan menjalani “Latihan Industri” didalam negara bagi memantapkan lagi ilmu berkenaan teknologi makanan yang dipelajari. Graduan daripada program ini mampu membekalkan kepada pengguna produk makanan baru yang berinovasi, selamat, berkhasiat, tahan lama, mesra pengguna dan semestinya ia mampu dimiliki. Program ini merupakan program peringkat awal sebelum ia dilanjutkan ke Program Sarjana Muda Sains (Kep) Sains & Teknologi Makanan (AS246).
Peluang Kerjaya
Graduan program ini berpeluang untuk menjawat jawatan di sektor swasta sebagai Penyelia Jaminan Kualiti Makanan, Penolong Eksekutif Kawalan Mutu Makanan, Penolong Pengurus, Penolong Jurutera, Penolong Penganalisis Makanan, Juruteknik Makmal, Penolong Eksekutif Pengeluaran, Penolong Eksekutif Pembelian, Penolong Eksekutif Pemasaran, Juruteknik dan lain-lain. Manakala di sektor awam pula, graduan bakal menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Makanan, Penolong Pegawai Pemakanan dan Kesihatan, Penolong Inspektor Makanan, Penolong Pegawai Penyelidik, Penolong Pegawai Sains dan lain-lain.
Peluang Melanjutkan Pengajian
Graduan program ini berpeluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan di universiti tempatan ataupun antarabangsa. Fakulti Sains Gunaan ada menawarkan Program Sarjana Muda Sains (Kep) Sains & Teknologi Makanan (AS246).
Mod Program
Terdapat dua (2) mod perlaksanaan program ini iaitu mod sepenuh masa dan mod separauh masa (iCEPS).
Durasi Program
Program mod sepenuh masa memerlukan minimum lima (5) semester (2.5 tahun). Manakala mod separuh masa (iCEPS) memerlukan maksimum sepuluh (10) semester (5 tahun) dan kedua-dua mod ini merangkumi 91 jam kredit untuk ditamatkan.
Pelan Pengajian
Lokasi Penawaran Program
Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.
Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Kota Samarahan 2.
Syarat Kemasukan
Sila rujuk pautan berikut: https://online.uitm.edu.my/
Brosur Program
Sila rujuk Brosur Program Fakulti Sains Gunaan 2019
Hubungi pegawai berikut:
Penyelaras Program Diploma Teknologi Makanan (AS116)
Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Kuala Pilah
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Akreditasi
Program ini telah mendapat Akreditasi daripada MQA (Reference No. 10820).
Sinopsis Program
Program peringkat Diploma (MQF Level 4) ini merupakan program yang merangkumi pelbagai disiplin seperti prinsip asas kejuruteraan, sains kimia dan fizik, sains dan teknologi tekstil, pengurusan, keusahawanan, asas komputer dan matematik. Program ini dicipta agar mahasiswa & mahasiswi dapat memahami secara mendalam berkenaan sains serat, pemintalan benang, pembuatan fabrik, kemasan tekstil dan pewarnaan, lukisan teknikal, rekacorak tenun, teknologi pembuatan pakaian, pengurusan pakaian dan keusahawanan, kelestarian tekstil dan pakaian, pengujian tekstil dan kawalan mutu, dan lain-lain. Semua pelajar akan menjalani “Latihan Praktikal” didalam negara bagi memantapkan lagi ilmu berkenaan teknologi tekstil yang dipelajari. Program ini mampu melahirkan graduan yang berdaya saing, beretika, dan dinamik apabila berada didalam industri tekstil dan pakaian. Graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Pakaian dan Teknologi Fesyen (AS250).
Peluang Kerjaya
Graduan program ini berpeluang untuk menjawat jawatan di sektor swasta sebagai Penyelia Operasi, Penolong Eksekutif Jaminan Kualiti dan Kawalan Mutu Tekstil dan Pakaian, Penolong Pengurus, Penolong Jurutera, Penolong Penganalisis Tekstil dan Pakaian, Juruteknik, Juruteknik Makmal, Penolong Eksekutif Pengeluaran, Penolong Eksekutif Pembelian, Penolong Eksekutif Pemasaran, penggaya fesyen (fashion stylist) dan lain-lain. Manakala di sektor awam pula, graduan bakal menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Sains, Pegawai Kastam, Penolong Pegawai Penyelidik, tenaga pengajar di institut-institut kemahiran dan lain-lain.
Peluang Melanjutkan Pengajian
Graduan program ini berpeluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan di universiti tempatan ataupun antarabangsa. Fakulti Sains Gunaan ada menawarkan Program Sarjana Muda Sains (Kep) Sains Pakaian dan Teknologi Fesyen (AS250).
Pelan Pengajian
Lokasi Penawaran Program
Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.
Syarat Kemasukan
Sila rujuk pautan berikut: https://online.uitm.edu.my/
Brosur Program
Sila rujuk Brosur Program Fakulti Sains Gunaan 2019
Hubungi pegawai berikut:
Penyelaras Program Diploma Teknologi Tekstil (AS118)
Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Kuala Pilah
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan