FAKULTI SAINS GUNAAN
Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA merupakan sebuah fakulti yang komprehensif dan dinamik dalam melahirkan graduan berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi. Berpusat di UiTM Shah Alam, pelaksanaan akademik di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah digerakkan melalui beberapa pusat pengajian utama, iaitu Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar, Pusat Pengajian Biologi, Pusat Pengajian Fizik, Pusat Pengajian Teknologi Industri (Teknologi Makanan) serta Pusat Pengajian Teknologi Industri (Teknologi Tekstil).
Setiap pusat pengajian memainkan peranan penting dalam memperkukuh pendidikan, penyelidikan dan inovasi selaras dengan keperluan industri semasa. Bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, fakulti ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan makmal seperti Makmal Tekstil, Makmal Makanan, Makmal Instrumentasi Kimia, Makmal Fizik, Makmal Biologi dan Makmal Am. Kemudahan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan latihan praktikal, penyelidikan serta pembangunan kemahiran teknikal secara hands-on, sejajar dengan kehendak dunia akademik dan industri.
