FAKULTI UNDANG - UNDANG

Jabatan Undang-Undang (JUU), UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) mula beroperasi pada Februari 2014, seiring dengan pembukaan Kampus Seremban. Sejak penubuhannya, JUU telah diterajui oleh empat orang koordinator yang melaksanakan amanah dalam memastikan pengurusan jabatan yang cekap, profesional dan berintegriti. Kini, JUU diterajui oleh Dr. Amylia Fuziana binti Azmi selaku Koordinator dengan sokongan tujuh orang pensyarah tetap.

Fakulti Undang-Undang (FUU) berpusat di UiTM Shah Alam sebagai kampus induk, manakala JUU Kampus Seremban melaksanakan fungsi pengajaran kursus perkhidmatan (servicing courses) berkaitan undang-undang bagi program-program akademik yang ditawarkan di UiTMCNS.

JUU komited dalam melaksanakan tanggungjawab akademik serta mengamalkan sistem pengurusan yang profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab. Komitmen ini diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelajar dan seluruh warga UiTMCNS, termasuk pengurusan tertinggi, pentadbir akademik, pensyarah dan staf sokongan.

Selain melaksanakan fungsi pengajaran, JUU turut menyumbangkan kepakaran perundangan bagi menyokong pengurusan UiTMCNS melalui khidmat nasihat awal dalam bidang undang-undang kontrak, undang-undang komersial, undang-undang pentadbiran, undang-undang syariah, undang-undang syarikat serta isu-isu perundangan lain yang berkaitan.

Perkongsian kepakaran ini turut diperluas kepada seluruh warga UiTMCNS menerusi program anjuran JUU serta penglibatan dalam program yang dianjurkan oleh bahagian atau unit lain. JUU akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti, selaras dengan visi, misi dan aspirasi UiTM.

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-6342000

Faks: +606-6335812