EXPLORE US
A university beyond the walls, an institution without limits.
UiTM GLOBAL
Discover our aspiration to become a Globally Renowned University by 2025. UiTM Digital Map of Global Strategic Partnership



Negeri Sembilan International Conference on Halal and Sustainability Ecosystems 2026 (NICHE 2026) merupakan sebuah platform antarabangsa berprestij yang menghimpunkan sarjana, penyelidik, pemain industri, pembuat dasar serta pengamal profesional dari pelbagai negara bagi membincangkan perkembangan terkini, inovasi dan cabaran masa hadapan dalam ekosistem Halal dan kelestarian. Dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama International Future of Education Association (IFEA), persidangan ini akan berlangsung pada 9–10 Jun 2026 di Hotel Royale Chulan, Seremban.
Dengan tema “Kelestarian, Etika dan Tanggungjawab Sosial dalam Ekosistem Halal”, NICHE 2026 menyediakan ruang dinamik untuk perkongsian ilmu, dialog strategik dan pembentukan jaringan kolaborasi antara akademia, industri dan agensi berkaitan. Persidangan ini turut menampilkan pembentangan akademik, sesi industri, perbincangan panel serta ekspo Halal dan Muslim Friendly, sekali gus menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab rujukan global dalam pembangunan industri Halal yang mampan dan berdaya saing
Link untuk website maklumat program dan pendaftaran : https://www.ifea-event.com/











