PEJABAT POLIS BANTUAN

Objektif Utama Polis Bantuan UiTM Negeri Sembilan

1. Kawalan Keselamatan
2. Undang-undang Jalanraya
3. Pengurusan
4. Penguatkuasaan Dan Undang-undang

 

PIAGAM PELANGGAN

Pejabat polis bantuan beriltizam untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berkesan dengan :
1. Mengambil tindakan bantu mula terhadap kes kecemasan dalam tempoh kurang 7 minit.
2. Menurunkan trend kadar jenayah dalam kampus kurang daripada 2%.
3. Menurunkan kadar trend pelanggaran peraturan dalam kampus kurang 20% daripada jumlah pelajar dan kakitangan.
4. Mengemukakan tindakan susulan ke atas laporan kejadian dalam tempoh 5 hari dari tarikh laporan diterima kepada pihak yang berkenaan.
5. Memberikan maklumbalas terhadap permohonan perkhidmatan dalam tempoh 5 hari dariapda tarikh permohonan diterima.
6. Penambahbaikan secara berterusan prestasi penyampaian perkhidmatan dengan mengurangkan aduan negatif daripada pelanggan.

 

FUNGSI UTAMA UNIT KESELAMATAN

Kawalan Keselamatan Kampus

1.1  Kawalan keselamatan aset UiTM

1.2  Kawalan keselamatan bangunan

1.3  Kawalan Keselamatan kawasan

1.4  Bencana alam

1.5  Kawalan keselamatan orang awam

 

Kawalan Keselamatan Pelajar

2.1  Menguatkuasakan peraturan sahsiah rupa diri pelajar berdasarkan AKTA 174

2.2  Menguruskan penjualan pelekat kenderaan kepada pelajar

2.3  Menguatkuasakan peraturan lalulintas ke atas pelajar

2.4  Penguatkuasaan Peraturan UiTM

2.5  Menguatkuasakan peraturan UiTM terhadap orang awam

2.6  Menguatkuasakan peraturan UiTM terhadap kakitangan

2.7  Menguatkuasakan peraturan UiTM terhadap pekerja kontrak

 

Pentadbiran Am

4.1  Perkhidmatan kaunter keselamatan

4.2  Pengurusan perkhidmatan pelekat kenderaan UiTM dan pas keselamatan

4.3  Pengurusan latihan kakitangan

4.4  Pengurusan sistem fail keselamatan

4.5  Pengurusan cuti kakitangan

4.6  Pentadbiran logistik

4.7  Agihan tugas kakitangan

4.8  Pengurusan kerja lebih masa kakitangan

 

 

PERKHIDMATAN

1. Kawalan Keselamatan

A. Kawalan
  1. Mengawal pintu keluar/ masuk Pos Utama dan memastikan disiplin pelajar, membuat pemeriksaan kenderaan, membuat pemeriksaan pas keselamatan dan memastikan semua pelajar dan staf memakai kad pelajar dan staf semasa masuk dan keluar kampus.
  2. Mengawal di pos-pos kawalan kolej kediaman
  3. Mengawal di pos-pos kawalan Hotel dan Bangunan Fakulti dan Pentadbiran
  4. Mengawal keselamatan di majlis-majlis rasmi/program/aktiviti dalam kampus.
B. Pemeriksaan
  1. Membuat pemeriksaan pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sahsiah rupadiri semasa di dalam kampus
  2. Membuat pemantauan di kolej-kolej dan kampus bagi memastikan tiada penceroboh masuk ke dalam kolej, bangunan fakulti, pentadbiran dan keseluruhan kampus.
  3. Membuat pemeriksaan mengejut di pintu keluar masuk bagi memastikan pekerja-pekerja kontrak, awam dan pelawat memiliki pas keselamatan atau surat kebenaran yang sah semasa berada di dalam kampus, membuat intipan terhadap pelajar-pelajar yang disyaki menghisap dadah, berjudi, menonton video lucah dan pelajar masuk lewat dengan cara memanjat pagar kolej atau kampus
C. Rondaan
  1. Membuat rondaan di kolej-kolej, bangunan fakulti, bangunan pentadbiran dan membuat laporan rondaan jika berlaku perkara-perkara yang mencurigakan dan laporan kerosakan kelalaian staf atau pelajar yang lupa memadam lampu atau penghawa dingin semasa habis kerja.
  2. Membuat rondaan dibangunan atau dewan semasa pemeriksaan berjalan.
  3. Menyemak catatan-catatan kawasan universiti untuk menentukan pagar-pagar, bangunan-bangunan, projek-projek tanaman dan melaporkan kejadian-kejadian kepada Ketua Unit Keselamatan.
  4. Membuat rondaan semasa majlis/program/altiviti atau acara sukan berlansung bagi memastikan tiada kejadian jenyah berlaku.
2. Kawalan Lalulintas dan Iring VIP
  1. Membuat iringan kepada VIP di majlis-majlis rasmi di dalam kampus.
  2. Memastikan tempat letak kereta / motosikal teratur dan terkawal.
  3. Memastikan keadaan lalulintas terkawal dan membuat kawalan jika keadaan lalulintas sesak.
  4. Pastikan tiada kenderaan yang halang lalulintas dan meletak kenderaan ditepi jalan serta tempat larangan pakir.
  5. Pastikan kenderaan staf, pelajar serta kontraktor mempunyai pelekat kenderaan.
  6. Pastikan kawasan tempat meletak kenderaan VIP tiada halangan atau gangguan.
  7. Buka pintu kenderaan VIP
3. Pengeluaran Pelekat Kenderaan dan Pekerja Kontrak
  1. Menerima borang pelekat kenderaan pelekat staf, pelajar dan pekerja kontrak.
  2. Menyemak borang tersebut  dan resit pembelian  pelekat kenderaan.
  3. Menyerahkan pelekat kenderaan kepada pemohon.
  4. Menyemak dan mengemaskini rekod pembayaran pas pekerja kontrak.
  5. Mengeluarkan Pas Pekerja Kontrak
4. Siasatan
  1. Menerima arahan dari Ketua Pejabat Polis Bantuan untuk   menyiasat  aduan dari Pelajar, Kakitangan atau orang awam.
  2. Menghubungi pengadu (pelajar,kakitangan dan orang awam yang terlibat).
  3. Menyoalsiasat pengadu dan ambil rakam percakapan dalam  pemeriksaan pengadu
  4. Mengesan serta menyoalsiasat saksi dan ambil rakam percakapan dalam pemeriksaan saksi.
  5. Mengambil gambar tempat kejadian dan membuat lakaran lokasi kejadian.
  6. Mendapatkan maklumat dari Balai Polis Perda, Bukit Minyak, AJK Perumahan UiTM Kampus Bertam serta Hospital berdekatan sekiranya terdapat aduan berkaitan pihak terbabit.
  7. Mengumpul bukti-bukti kes kejadian.
  8. Mengesan barang yang dilapurkan hilang dibilik kuliah,kolej serta meneliti rakaman  melalui CCTV.
  9. Menyediakan laporan hasil siasatan.
  10. Siapkan kertas siasatan dan hantar kepada KPPB untuk semakkan.
  11. Hantar lapuran kertas siasatan kepada yang berkenaan(HEP, HEA, Fasiliti, Kolej, NR, OSHA dan Pejabat Rektor).
  12. Terima keputusan lembaga tatatertib HEP, HEA dan failkan mengikut turutan kes yang selesai.
  13. Menyediakan laporan statistik kes mengikut harian,bulanan dan tahunan.
5. Perkhidmaan AM
A. Kaunter
  1. Menjawab panggilan telefon dan menerima pesanan.
  2. Menerima aduan kehilangan kad pelajar dan staf.
  3. Menerima borang semakan  tamat pengajian pelajar.
  4. Menerima laporan aduan dari staf, pelajar dan orang awam.
  5. Menyediakan maklumat saman lalulintas dan sahsiah rupa diri untuk untuk dijanakan  oleh pihak bendahari.
B. Rekod Pejabat
  1. Daftar masuk saman sahsiah rupadiri dalam sistem.
  2. Kemaskini sistem setelah pelajar membuat bayaran.
  3. Saman tersebut akan dihantar ke Pejabat HEP untuk tindakan  selanjutnya.
C. Membantu dalam proses perolehan dan pentadbiran jabatan
  1. Menyediakan bajet tahunan perolehan kelengkapan keselamatan untuk kelulusan ketua jabatan.
  2. Senarai peralatan keperluan mengikut peruntukan bajet tahunan.
  3. Proses dokumen.
  4. Merima bekalan dan rekodkan serta mulakan proses bayaran.
  5. Menetapkan tarikh panggilan mesyuarat .
  6. Menentukan tempat mesyuarat.
  7. Mengambil minit mesyuarat.
  8. Menyediakan minit mesyuarat .
  9. Membantu KP 14 untuk penjumlahan barangan aksesori pakaian seragam yang diterima dari pembekal.
  10. Merekodkan dalam fail keluar masuk aksesori.
  11. Kemaskini rekod aksesori setiap kali penyerahan item kepada anggota berlaku.
  12. Membantu Operasi Pelekat kenderaan pelajar / staf.
  13. Membantu Operasi sahsiah rupadiri pelajar.
  14. Membantu operasi pas pekerja kontrak.

BIL

BORANG

MUAT TURUN

 1.

 Borang PB 03 Laporan Kejadian

[Download]

 2.

 Borang PB 04 Laporan Pembaziran

[Download]

 3.

 Borang PB 05 Aduan Kehilangan

[Download]

 4.

 Borang PB 08 Membawa keluar barang

[Download]

5.

 Borang PB 09 Penyerahan Barang Kes

[Download]

6.

 Borang PB 12 Cuti Gantian

[Download]

7.

 Borang PB 15 Borang Pass Keselamatan

[Download]

8.

 Borang PB 31 Kebenaran Keluar Kampus

[Download]

9.

 AKTA 174

[Download]

10.

 AKTA 605

[Download]

11.

 AKTA 605 (BI)

[Download]

12.

 TATATERTIB DAN SURCAJ

[Download]



 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Kuala Pilah
Pekan Parit Tinggi
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Malaysia

 

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-4832100
Faks: +606-4842449