Maklumat Penyelidikan 2021  (sehingga 15 Ogos 2021)

 

Kecemerlangan penyelidikan merupakan salah satu agenda utama universiti dalam memastikan kemampanan ilmu, pemantapan kesarjanaan, pembudayaan kreativiti dan inovasi serta melahirkan modal insan yang berwawasan dan dinamik. UiTM cawangan Negeri Sembilan sentiasa menggalakkan penglibatan staf akademik dalam permohonan  geran dan menyokong aktiviti-aktiviti pemerkasaan penyelidikan seperti penulisan, pembentangan kertas kerja, kolaborasi penyelidikan  dan sebagainya.

 

Research Management Unit (RMU) atau Unit Pengurusan Penyelidikan merupakan unit di bawah PJIM&A yang bertanggungjawab membantu dalam hal-hal berkaitan pengurusan dan pembangunan penyelidikan di ketiga-tiga kampus di UiTM cawangan Negeri Sembilan. Di antara fungsi - fungsi utama unit ini termasuklah:

 

  1. mengurus aktiviti (pengoperasian, urusan kewangan, pemantauan) melibatkan semua jenis geran penyelidikan (geran dalaman, universiti, nasional, industri dan antarabangsa) yang berdaftar dengan Research Management Centre UiTM.
  2. membantu PJIM&A dalam aktiviti galakan penyelidikan seperti seminar, sesi perkongsian kepakaran dan sebagainya.
  3. membantu hebahan penawaran geran kepada staf akademik.
  4. membantu pengurusan Special Interest Group (SIG).
  5. berperanan sebagai sekretariat untuk penawaran, pengoperasian dan pemantauan geran dalaman kampus negeri.
  6. membantu dalam penyediaan Laporan MyRA, pencapaian petunjuk prestasi dan keperluan-keperluan dokumentasi berkaitan.

 

Dalam menjalankan fungsi ini, Unit RMU diketuai oleh seorang Koordinator RMU dan dibantu oleh tiga orang Penyelaras RMU di setiap kampus.

 

Pencapaian penyelidikan UiTM cawangan Negeri 2021:

  1. Bilangan ketua penyelidik : 48 orang (sehingga 15 Ogos 2021)
  2. Jumlah geran berstatus aktif tahun 2021: RM 2.11 juta
  3. Jenis-jenis geran yang diperolehi penyelidik:
  4. a) Geran nasional (Kementerian Pengajian Tinggi: FRGS, PRGS, FRGS-RACER)
  5. b) Geran dalaman universiti (Geran Lestari, SDG,YTRP)
  6. c) Geran Dana Dalaman Negeri (IRSF 2020, IRMG 2021)
  7. d) Geran Industri dan Antarabangsa (MTSF, PPRN, geran bersama pihak swasta) 

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Kuala Pilah
Pekan Parit Tinggi
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Malaysia

 

General Inquiry:
Chief Information Officer (CIO): mohdfozi@uitm.edu.my
Website Inquiry:

Webmaster: webmedia@uitm.edu.my

Tel: +606-4832100
Faks: +606-4842449